Skip to main content

Diploma Program of Actuarial Science @ UiTM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya menulis mengenai artikel ini , izinkan saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Mohamad Fikri Bin Roslan. Saya merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dalam semester dua. InsyaAllah saya akan berjaya dalam jurusan yang saya pelajari buat masa ini. Hanya doa yang diiring dengan usaha akan membantu saya berjaya dalam apa yang saya lakukan pada masa ini.

APA ITU SAINS AKTUARI?


Soalan ini merupakan soalan paling biasa ditanya apabila seseorang itu diperkenalkan dengan sains aktuari. Majoriti akan mengandaikan sahaja seperti mengatakan aktuari itu adalah panggilan untuk jurusan pembelajaran mengenai ikan, burung dan haiwan. Pada awalnya, semasa mula-mula saya didedahkan dengan sains aktuari oleh pelajar UiTM Shah Alam pada 2012, saya mengandaikan sains aktuari adalah berkaitan dengan burung.

Sedarkah kita bahawa sains aktuari merupakan pembelajaran dalam bidang kira-kira yang melibatkan kompleks matematik?

Sains Aktuari merupakan satu bidang pembelajaran yang menentukan sesuatu harga dan kira-kira berdasarkan spekulasi dan kebarangkalian. Seseorang aktuari pada zaman moden kini amatlah diperlukan oleh syarikat-syarikat yang besar dalam menentukan risiko sesebuah syarikat bagi menetapkan hala tuju kewangan dan risiko sesebuah syarikat tersebut.

Jurusan ini amatlah sesuai bagi insan yang minat akan penyelesaian masalah dan aspek yang mencabar. Jujur hendak dikatakan, pensyarah pernah berkata pada saya, “jika kamu rasa kamu tidak mampu mengambil jurusan ini, lebih baik jangan kerana jurusan ini adalah jurusan professional yang amat mencabar”.

Memang benar jurusan ini merupakan jurusan professional setaraf dengan akauntan, peguam dan kedoktoran. Sains Aktuari mempunyai kertas professional yang diselia oleh badan antarabangsa.

KERTAS PROFESSIONAL

Kertas professional sains aktuari adalah setaraf dengan jurusan kedoktoran, undang-undang dan akauntan. Ujian kertas professional ini mempunyai lapan buah kertas. Setiap satu darinya berharga ratusan ringgit.

Ujian ini diselia oleh badan aktuari antarabangsa. Antara badan aktuari tersebut adalah:

a) Kesatuan Aktuari Amerika (SOA).

b) Badan Aktuari United Kingdom (IFOA).

c) Badan Aktuari Australia.

Kenapa tiga Negara ini je? Sebab Negara ini adalah Negara maju yang sudah mempunyai segala bidang pengetahuan mengenai sains aktuari. Kenapa tidak Malaysia? Malaysia boleh dikatakan sebagai anak ataupun bayi dalam bidang ini. Ini kerana Malaysia baru lagi dalam bidang professional ini.

KELAYAKAN

Kepada yang nak masuk belajar dalam jurusan ini, anda perlu kuat dalam matematik. Pastikan matematik dan Matematik Tambahan semasa SPM cemerlang dan gemilang. Ini kerana, bukan semua pensyarah ingin ajar semula apa yang telah dipelajari masa SPM.

Kelayakan yang plin penting adalah anda minat akan CABARAN.

MENGENAI DIPLOMA

Ramai yang berkata, diploma ini membuang masa, hanya untuk insan lemah dan macam-macam lagi. Siapa berkata begitu, cetek akal! Diploma adalah satu cabang yang akan menyediakan pelajar tersebut dengan lebih efisien terhadap sesuatu program yang diambil. Kenapa saya cakap begitu? Sebab ada sahaja subjek yang diambil oleh pelajar diploma tiada dalam degree. Sebagai contoh dalam sains aktuari, probability adalah perkara yang tidak akan diambil oleh pelajar degree lepasan matrikulasi mahupun asasi.

Itulah realiti di sebalik sistem pemdidikan negara kita. Pensyarah aktuari saya gagal dalam ujian professional kerana apa yang beliau belajar tidak sama seperti student diploma belajar. Untuk pengetahuan, pensyarah saya merupakan lepasan matrikulasi.

Diploma merupakan sijil laku kerja. Asasi dan Matrikulasi tidak laku sijilnya jika ingin memohon kerja. STPM sijilnya laku. Untuk pengetahuan, STPM merupakan peperiksaan keempat tersusah di muka bumi ini.

Diploma dalam bidang sains aktuari ini hanyalah mengambil masa 2 tahun setengah atau 5 semester. Lama kan? Tapi degree hanya 2 tahun. Sama je tempoh belajar student asasi dan matrikulasi campur matrik. Contoh, matrik setahun dan masuk degree 4 tahun. Semua sekali 5 tahun. Diploma bukanlah tempat untuk budak tidak pandai sebab ramai student diploma merupakan student yang gempak gempita ilmu diorang.

Kepada yang berkata diploma belajar relaks, sila ketepikan pemikiran kolot begitu. Tapi saya tak nafikan diploma tidak 'pack' seperti asasi dan matrik. Diploma sama je kalau tak belajar gagal juga. So, tak perlu buat cerita diploma belajar relaks. Kalau relaks tak ada nyer den nak dapat dekan. Usaha tau!

Namun, saya tak kata asasi dan matrikulasi itu teruk, bagus apa! Masa belajar pun pendek, belajar benda yang ada dah kita belajar time SPM dulu, gaya hidup pun dah biasa dan lain-lain. Tengok entry pasal matrikulasi.

Bagi saya, saya amat menyanjung student STPM. Kenapa? Saya bagi situasi yang saya sendiri dapat tahu dari rakan saya yang bertanya kepada Universiti of Oxford atas kelayakan masuk ke sana. Mereka tidak mahu diploma(Saya ler tu~~), asasi dan matrikulasi apa tah lagi, tetapi mereka mahu pelajar yang mengambil A-Level iaitu STPM.

Saya tak mahu ulas lagi. Kalau ulas makin panjang. Kita teruskan...

~STORY SKIT~

Bilangan pelajar lelaki untuk batch kami... sikit kan?! Terimalah hakikat program ni paling ramai tak tahu.

Alhamdulillah, setelah belajar selama satu semester dan sedang dalam semester dua ini, saya dapat melakukan dengan baik.

Bermula lepas SPM dulu, saya juga berada dalam dilema seperti anda semua dalam memilih bidang apa. Bila dah isi boring UPU dekat internet lagilah takut sebab dalam hati berbicara paal betul ke tak pilihan aku.

Al kisah di sebalik pemilihan sains aktuari sebagai bidang pilihan ini aa banyak. Sebebnarnya saya tak minat pun matmatik. Kalau tak percaya rekod matematik dekat sekolah memang dasyat. Tapia ada satu Allah anugerahkan kepada saya mahupun anda semua. Saya akan cuba bua benda yang tak minat untuk memperoleh minat tersebut.

Pelik kan? Tapi cerita ni bermula masa nak masuk SBP. Masa tu dapat tawaran Sains Tulen dan masa tu sains dan matematik adalah hantu hidup. Tapi sebab nak berjaya, saya belajar sahaj untuk mmperoleh kejayaan tersebut. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat staright A dalam SPM, saya berjaya memupuk diri saya untuk menjadikan ilmu perkara yang harus dituntut demi diri sendiri dan bukan untuk kerja.

Jadi, masa nak mohon UPU, saya dalam dilemma sebab saya minat undang-undang. Tapi dalam diri kata, saya nak try benda yang lain dalam hidup. Oleh yang demikian, saya meletakkan Diploma Sains Aktuari di UiTM sebagai pilihan kedua pada awalnya namun menukarnya kepada pilihan pertama selepas itu. Pilihan lain semua Law. Den tak tipu tau.

Tanggal 1/06/2014, masuklah ke dalam hidup universiti dengan mengmbil program Diploma Sains Aktuari, Persis kata orang tua dari saya dalam program ini, KILLER! Namun niat saya hanya satu, BELAJAR HANYA PADA ALLAH dan BELAJAR UNTUK DIRI SENDIRI walaupun ramai di sekeliling saya belajar untuk kerja. Tujuan kedua saya masuk university adalah untuk menebus semula maruah saya yang tercalar sebab tak mampu menyumbang keputusan straight A di sekolah dahulu semasa pengumuman keputusan SPM.

Minggu Destini Siswa a.k.a. orientasi UiTM with bakal2 Actuary!

Alhamdulullah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semester pertama dengan memperoleh pointer sebanyak 3.84. Untuk semester kedua, saya dapat pointer sebanyak 3.82. Manakala, semester 3 saya memperoleh pointer sebanyak 3.94 dengan CGPA yg berjumlah 3.86. SPM saya 7A 2B(4A+2A1A-2B+).

Walaupun cerita ini mungkin akan menimbulkan tanggapan negatif yang mengatakan saya ini riak atau ujub, namun, cerita ini hanya untuk mengatakan satu benda iaitu Belajarlah kerana ilmu dan Allah SWT bukan kerana kerja. Ingat satu benda, jika kita belajar demi ilmu, maka kejayaan yang akan mencari. Jika kita belajar untuk berjaya, kita akan dapat, tapi kepuasannya kurang. Jadi lakukanlah kedua-duanya.

Jika ada yng ingin bertanya apa-apa lagi mengenai program ini, hubungilah saya melalui email saya fikrim0913@gmail.com.

Untuk peringatan, jika nak tanya apa-apa soalan, jamgan tanya soalan yang subjektif dan terlalu bodoh. Contoh:

1. Layak ke saya masuk sains aktuari?
2. Ceritakan sedikit pasal sains aktuari boleh x?
3. Senang x masuk sains aktuari?
4. Masuk u nanti bawa laptop ke?
5. Kalau math sy bla bla bla n add math sy bla bla bla, layak ke?
6. Dan lain2.

Sorry to say... Tapi untuk soalan2 camni kalau dapat respon secara makian dan perli, jangan salahkan saya sebab saya tak tahu kemampuan kamu dan saya bukan Tuhan nak kata awak layak ke x. Buat research dahulu sebelum nak tanya soalan common sense ni~

By the way, masuk uni ni penting! So, rasa-rasa yang nk berniaga boleh je, tp dkt uitm ni ada rule pasal berniaga. Oleh yang demikian, aq ada satu perniagaan aq buat yaitu jual topup! Rasa nk hd ejen topup OR nk caro org kual topup OR kedua2 skali, email den. Just bayar RM 70 dpt modal permulaan RM 20. Hehe~

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.


Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum!

Comments

  1. Badan UK (IFoA) ada byk paper, bkn 8 je hahaha
    Lepas 12 paper (sume actuary kena amik ni, CT1-9 & CA1-3) dpt jd Associate
    Lepas tu, 3 paper mengikut bidang masing2 (2 dari ST1-9 & 1 dari SA1-6) utk jd Fellow
    pastu ada pangkat baru (CERA), lg tinggi daripada fellow. nk jd CERA kena amik ST9 kalo x amik masa nk jd Fellow

    Rujukan utk pangkat:
    http://www.actuaries.org.uk/becoming-actuary/pages/our-qualifications

    Rujukan utk nama paper:
    http://www.actuaries.org.uk/students/pages/syllabus-exams

    ReplyDelete
  2. Klau mathematic modern kita okay.. Tpi add math kurng skit boleh ke? Mcm klau A-.. Bole tak?

    ReplyDelete
  3. Kalau kptsn SPM 1A+,5A,3A-,1B+ (math A,admath A-) boleh amik course ni kh?

    ReplyDelete
  4. Klu keputisan 4A (add math,math,Pai,sej)..layak x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak :) actuary ni bukan semata mata maths ye hehe. Ada belajar economics, finance,account sikit....haaa bukan kira kira je lah , baca baca pon ado ^^

      Delete
  5. Hakikat yg kena kita terima diploma actuary kat malaysia tak kan pegi mana pun susah nak cari kerja percaya la. Belajar macam orang nak sepatu gila, kuar tak tahu arah tuju, gi interview kerja orang tak pandang. Cabaran betul, percayalah kata saya , bekas graduan diploma actually science era awal 90 an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tu laa bila dlm universiti jgn terlalu belajar... involve dlm aktiviti... pastu seorang aktuari kena amik professional paper... sy percaya ada kerja... cuma usaha ygt penting

      Delete
    2. setahu saya..sekarang syarikat di malaysia bru mnyedari kepentingan seorg pegawai aktuari..malaysia negara yg lmbt sedikit..soo..belajar sekarang untk malaysia pd masa dpn bkn masa skrg..btul ckp stage lain..usaha kena lebih..

      Delete
    3. saya graduan tahun 2012. mungkin pada tahun 90an actuary belom lg di kenali. tapi skarang, graduan actuary adalah sgt in demand. Alhamdulillah. saya berani kata graduan actuary adalah sangat in demand dlm financial industry sekarang ni.

      Delete
  6. ratio utk baca dan mengira berapa eh ? is it more to calculation ? ni mcm addmath ke math ? haha pls lah jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa 1:2 rasanyalah...hahahha sebab ada baca baca jugak..sebelum ni ingat kira kira semata tau.rupanya ada juga subject baca baca. hehe. tapi pape pon basic mengira kena mantop! (more fun drpd maths n addmaths *serious*)

      Delete
  7. Selain amik di uitm, mne lgi boleh amik eh? Or asasi apa yg boleh smbg utk actuary di prgkt ijazah nnti? Is it asasi fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fzkal b0leh,, hayat pun b0leh.. tp, klau nk asasi, make sure asasi sc uitm atau asasi sc fzkal/hayat d pasum. knp??? sbb 2 univ ni jee yg mmb0lehkn kita sambung degree d u lain. degree k0s ni ada d ukm, uitm, um, usim. klau usim, pastikn awak ada arab time spm..sbb tamhidi...tamhidi yg ssuai ialah tamhidi sc & tekn0.. n stahu sya, degree d ukm 3 ta0n, uitm 4 ta0n, usim 4 ta0n. klau result awak el0k, awak bleh mintak asasi pintar d ukm. nnti temp0h 3 ta0n tu akan dkurangkn. same g0es 2 dipl0ma sc aktuari d uitm...temp0h degree yg aslnya 4 ta0n dkurangkn kpd 3 ta0n

      Delete
  8. nak tanya if addmm tak strong cuma dapat b+ je mcm mana ? course ni memang real susah or mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. If im not mistaken, ada my friend dulu spm dia C+ but still boleh perform calculus(which salah satu subject in this course) Susah tu memang susah, tapi kalau berusaha kuat sikit. Ubah mind set kita, In Shaa Allah you can do it! xD

      Delete
  9. Wah bagusnye . Saya memang nak jadi aktuaris suatu hari nanti . Doakan saya dapat asasi sains fizikal di um ye ? Tengah tunggu upu ..even this is a tough course I believe we can do it (:

    ReplyDelete
  10. Kalau kptusan spm cuma 3A(bm,math,moral) ja n add math C . Boleh ambil kos ni ker?

    ReplyDelete
  11. kalau amek acc kat matrik boleh k sambung degree lam course actuarial science

    ReplyDelete
  12. kalau amek acc kat matrik boleh k sambung degree lam course actuarial science?
    mohon dberi pencerahan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...better rujuk sini :

      https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

      make sure pilih syarat khas pr0gram n ntuk lepasan stpm/setaraf
      then, the next page, isi nama univ [normally for act sc ni uitm n ukm laa,, but do try for usim n um] -> kategori matrik/asasi -> aliran akaun

      klau nk lg snang 4 uitm tuu,, pilih fakulti sc k0mp n matematik. ukm fakulti sains teknologi. :)

      Delete
  13. saya lepasan degree dan diploma sains aktuari uitm. Alhamdulillah grad dgn first class. first batch guna syllabus baru for degree. ada apa2 nk tanya bole la email to ahmadtaufiq89@yahoo.com.

    Ada apa2 insyaAllah bole bantu saya bantu.

    ReplyDelete
  14. hai en. saya dapat kos sains aktuari dlam bidang diploma. kalau math tu macam kuat sikit llayak tk saya amik. dan boleh tak tnye yuran pengajian untuk kos ni mahal tak? terima kasih
    harap balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut rezeki... kami menyediakan informasi dan maklumat... kami tidak tahu anda layak ke tidak... untuk tahu kelayakan awak, sila berhubung dengan pihak universiti dan kementerian. mereka boleh membantu. Untuk di uitm, yuran amatlah murah. Satusem kami hanya perlu bayar RM 450.00. Cuma semester satu sahaja kami membayar RM 600 ++... sekian

      Delete
    2. ikut rezeki... kami menyediakan informasi dan maklumat... kami tidak tahu anda layak ke tidak... untuk tahu kelayakan awak, sila berhubung dengan pihak universiti dan kementerian. mereka boleh membantu. Untuk di uitm, yuran amatlah murah. Satusem kami hanya perlu bayar RM 450.00. Cuma semester satu sahaja kami membayar RM 600 ++... sekian

      Delete
  15. upu saya x dpt bidang ni tpi dpt bidang dip dlm ukur bhn uitm. Blh ke klau degree nnti nk ambil bidang ni lgi? Minat sya lebih ke arah math. Patut ke sye ambil form 6 je terus. Klau ambil form 6 aliran sain ke sastera yg blh ambil bidang ni time degree nnti?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum & selamat sejahtera
    saya ni pelajar lepasan matrikulasi..
    Dan saya dapat smbung degree kat UiTM kos sains aktuari.. cuma nk tnya degree sains aktuari dekat UiTM lepasan matrik berapa semester? Yuran di UiTM mahal x? Hope i will the answer.. Thanks a lot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Saya pelajar semester 4 degree actuarial science penerapan uitm shah alam.
      Untuk lepasan matrik,stpm, asasi. korang kene mula dari semester 1 degree. jumlah pengajian sebnyak 7 semester
      termasuk latihan industri (3 tahun setengah) berbanding dengan pelajar penerapan diploma aktuari uitm, kami
      bermula daripada semester 3 (2 tahun setengah) disebabkan pengecualian kredit.
      yuran uitm x mahal pun. antara termurah dalam malaysia. hehe. rm 700 rm 800 utk semster pertama
      dan semester seterusnya 500++

      Delete
    2. boleh refer plan of study dkt link ni
      http://fskm.uitm.edu.my/v1/academic/undergraduate/bachelor/bachelor-of-science-hons-actuarial-science-cs222.html#plan-of-study

      Delete
  17. Wahh rse brsemngat nk msuk bljar aktuari...gerun pon ade.ni demi ayah sndiri suruh amek...sndiri pon kurg thu...sng x aktuari???hahaha...doaknnye semoge strong selalu...hmmm sush ke bdak matrik nk blajr sbb x byk bljar sme bdak dip?pe2 pon tq prkongsiannye...oh yeahh!!!rock~~

    ReplyDelete
  18. Thanks bruh! Baru ada semangat! Hahaha wish me luck for upcoming SPM in 1 month and maybe I'll take Actuarial Science! And goodluck to you too! Much love :)

    ReplyDelete
  19. Kalau nak sambung degree kat mana? Brapa tahun? 2 tahun? Lepas degree boleh star kerja? Kerja apa? Mohon jawab :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, nk tnya...course memang ramai lelaki ka? Dan lg 1, course nii ambik dekat U mana ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nopeeee! lelaki sikit saja course ni...hehe. Ada ukm,um,usim, uitm.semua ok.kalau nak yuran murah, uitm pon ok :)

      Delete
  21. math mode A+ tapi addmath b .....so okay tak?? diteria tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh layakkk! jangan risau :)

      Delete
  22. BRO , MY SIS, HER RESULT FOR ADDMATH IS QUITE BAD WHICH IS C BUT THEN MATH A. I DO SUGGEST HER THIS COURSE . DO U THINK SHE CAN SURVIVE IF SHE CHOOSE THIS COURSE ? COURSE NI KENE LEARN BNYK COMPLICATED MATH TAK ? OR ITS JUST MORE INTO BUSSINESS OR ECONOMICS ?

    ReplyDelete
  23. Kalau math A+, tapi add math B+ layak tak mohon course ni? Spm at least berapa A klu nk mohon course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak sangat sangat.Ada je result addmaths C but still dapat result gempak time kat u ^^ berapa A not sure hehe

      Delete
  24. Kalau math A+, tapi add math B+ layak tak mohon course ni? Spm at least berapa A klu nk mohon course ni?

    ReplyDelete
  25. salam bro.. nak tumpang tanya.. degree 2 tahun je k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uitm, if ada diploma actuary,degree 2 1/2 yrs je. If takde diploma actuary, 3 1/2 yrs tak silap

      Delete
  26. Hi! Which ASASI should I be taking if I wanna take Actuarial Science during degree?
    Will Asasi Pintar be alright?

    Please reply, thank you :)

    E x

    ReplyDelete
  27. Sy batch spm 98.dpt mod math A+ dn add math sy A.mohon la course ni sbb sy betul2 minat matematik.Moga course ni sy harap bole go la..

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Skunk ni bljar uitm shah alam ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, beliau di UiTM Shah Alam sekarang. Semester 4 as in September 2017

      Delete
  31. Boleh saya berhubung dengan saudara Fikri? Saya nak tnya soalan pasal Sains Aktuari

    ReplyDelete
  32. diploma sains aktuari uitm Ade dkt mane lagi

    ReplyDelete
  33. Salam, alhamdulillah saya dapat sambung sains aktuari. Boleh saya tahu kos/yuran keseluruhan course ni? Saya dah try search kat google, tapi tak jumpa...

    ReplyDelete
  34. Salam, alhamdulillah saya dapat sambung sains aktuari. Boleh saya tahu kos/yuran keseluruhan course ni? Saya dah try search kat google, tapi tak jumpa...

    ReplyDelete
  35. Hai, boleh ke nak tahu sekarang ni encik dah berada dalam bidang kerjaya apa ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/