Skip to main content

Foundation in Science UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera . 

Ramai orang tanya apa kelebihan asasi , berbanding diploma dengan matrikulasi . So , mari kita bincangkan tentang persamaan asasi dan matrikulasi . 

Asasi @ Matrikulasi 

  • Disediakan sebagai pre degree 
  • Tempoh 2 Sem 
  • Ada elaun
  • Sijil tidak boleh apply untuk kerja

Perbezaan Asasi di UiTM

  • Kehidupan ala ala Universiti sebab jadual tak padat . Kadang 1.30pm sudah habis kelas
  • Cuti 2 bulan untuk Semester Satu , cuti 2 minggu untuk Mid Sem Break 
  • Kena usaha sendiri . Kata ala ala U kan ? Tiada istilah nak disuap , print notes sendiri . Kalau class representatives baik , dia boleh organize kan jawatan2 group , so mereka akan diamanahkan untuk fotostat , sediakan bahan and etc . Kalau tiada yang tolong , pandai2 lah print .
  • Certain lecturer akan ajar laju , so kalau rasa laju , pandai pandai lah catch up masa tutorial ke , jumpa lecturer dekat bilik dia ke , study group dengan kawan ke . Tutorial ini akan diadakan dalam bilik kuliah bersama sama group sendiri . Selepas buat latihan , lecturer akan bincangkan masa tutorial . So , kena siapkan latihan sebelum kelas tutorial yea
  • Nak balik rumah ? Bila bila je boleh balik asalkan tiada kelas . Kalau urgent tu tiada masalah nak balik . 
  • Selepas asasi uitm , korang boleh pilih U mana mana yang korang nak . Tiada terikat macam penerepan . Nak sambung oversea pun boleh . For those yang dapat CPGA 4.0 ni lecturer boleh je tolong untuk apply U kat oversea . 
  • Silibus asasi lagi sikit berbanding matrikulasi . Ada yang asasi tidak belajar pun sedangkan matrikulasi kena belajar dengan lebih details . 
  • Kelas start 8.30am tetapi ada je kadang kadang lecturer tiba tiba suruh datang kelas pukul 8.00am sebab nak kejar silibus . 


Course Outline Sem 1

  • Biology 1
  • Chemistry 1
  • Physics 1
  • Tasawwur Islam 
  • English 1
  • Mathematics
Course Outline Sem 2

  • Biology 2 
  • Chemisrty 2
  • Physics 2
  • Islam and Science
  • English Languange
  • Mathematics for Scientist ( Berbeza dengan silibus dengan asasi kejuruteraan )

Surrounding PALAM

Serius lawa sebab baru lagi . Fasiliti pun okay . Pemandangan pun cantik . Kolej. SEMUA pelajar asasi memang dapat duk kat kampus. Kolej tu macam apartment. Cantik gila. Lagi-lagi masa subuh atau malam kan. Sejuk je sebab atas puncak kan.  jangan malas-malas nak bawak kunci rumah. Letih orang nak bukakkan pintu. Kolej ni ada aktiviti. Baik korang join untk dapat KUPON. Kupon ni masuk dalam markah koko taw. Ingat kat u takde koko ke?Ada, tapi satu je. Kalau kat sekolah ada sampai 3,4. Asasi kena pickup satu persatuan je.


  • Kat minimart macam-macam ada . amboi,syurga untuk pengisi perut dengan makanan ringan memang wajib singgah laa.
Pemakaian

Kat UiTM ni simple je. Hari ISNIN JUMAAT kena pakai formal.
Perempuan pakai baju kurung. Lelaki isnin pakai baju kemeja , jumaat pakai baju melayu.
Pastu selain dari hari tu ikut la nak pakai apa pun asal menutup aurat dan sopan.
Lelaki kemeja makesure BERKOLAR. Pastu kat perempuan cadang pakai kasut bally shoes. Alaa yang tutup depan tu senang sikit nak naik tangga kejayaan, tapi yang paling penting nak masuk lab wajib kasut bertutup atau tak leh masuk lab. RUGI.
  • Kat sini kalau tak ikut peraturan kena saman dengan pak guard yang amat responsible dengan tugasnya. Haha ingat tak pakai formal tak kena saman ke? ==' saman tu macam denda lahh . Alhamdulillah tak pernah kena lagi :P

Kat  situ ada binatang yang kitaorang panggil CHARLIE. Bukan sebab dia putih macam orang inggeris ke apa, sebab tak tahu jugak nape. Binatang ni bahaya sebab sengatan dia ada asid, kalau kena cepat-cepat pergi kat unit kesihatan UiTM . Bawak kad UiTM je. Tak yah bayar.


Wifi

Bab wifi ni memang syok sebab kat sini wifi laju tapi kena beli wlan wire . RM 10 yang pendek . Lepas tu download connectify untuk hotspot , satu rumah boleh share hotspot . Pastu jimat data korang .


Transport

Kalau nak ke Setia City Mall , Shah Alam , Giant , Tesco Setia Alam naik je U90 . Kalau dah ada lesen P , sewa je kereta nak ke mana mana . Kat sini student asasi takboleh bawa kenderaan kecuali motosikal sahaja . Kalau malas daki tangga kejayaan kat PALAM tuhh , boleh je naik bas bayar RM1.00 . 


Ramai orang tanya wajib ada berapa A baru boleh masuk PALAM . Fyi , kawan saya ada je dapat 5A & boleh masuk PALAM . Lepas tu skor masa kat Palam ni . Rezeki masing masing . Yang penting usaha . Ada je dapat straight As tapi pointer kurang ok . Sebab tu kena struggle ikut cara masing masing . Life dekat U ni totally different . Lecturer selalu pesan , slip spm korang yang straight As tu boleh simpan jela . SPM is just a ticket to university . 


Marks

Cerita yang general lah yeaa , kat sini 50 % carry marks 50 % final . Carry marks included quizes online / manual / pop quizes  , assignments , test and lab . Lecturer ni berhak untuk bagi any marks for our carry marks , tak macam sekolah based on exam sahaja . kadang ada yang tak ingat nama lecturer , kena deducted marks . kadang ada lecturer nak tolong students , dia bagi quiz online so korang boleh google jawapan . ada yang suruh buat presentation untuk topupkan markah . Kat sini semua lecturer baik baik , so far tak pernah kena marah sebab tanya kat bilik lecturer . Sebab tu kena punctual datang kelas . Kang lambat2 , kena aim dengan lecturer 


Okay I think thats all for today . 

Pesanan terakhir , ilmu bukan pada pointer yea . Jaga hubungan sesama Allah dan manusia . Jangan sampai apa yang kita dapat tuh nikmat istidraj , yakni nikmat yang tak diredhai Allah . 

Ilmu itu lebih baik daripada harta , harta berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dikongsikan . 

Selamat Maju Jaya . 


Kalau ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan 

Boleh contact via 

Whatsapp : 0172997413
Facebook : Taj Mahal Hashim

Comments

  1. Tapi kan bukan lecturer ada bagitahu ke yang sepatutnye mid sem break tak sampai 2 minggu pun..tapi batch kita je yg lain sikit..and taun depan kalau x silap semua asasians (sains,engineering,law) akan dipindahkan ke dengkil since bangunan tu dah siap..so facilities kat sane akan jadi lebih sempurna daripada palam,correct me if i'm wrong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya tidak ada mid sem break langsung . cuma tahun ni je ada mid sem break 2 minggu , saya dengar macam tu sendiri daripada lect tapi tu masih dalam perancangan . sbb kat uitm shah alam akan jadi kampus utk phd and master .

      Delete
  2. Lecturer sy cakap yang batch 97 yang last ditempatkan di palam sebab kat dengkil tak siap lagi. Nanti, batch 98 baru semua asasi berkumpul pindah ke dengkil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dalam perancangan tahun hadapan pindah ke dengkil .

      Delete
    2. sem 2 batch 97 memang akan brpindah ke dengkil

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. selalunya kalau apply u boleh apply tempat sekali ke?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Asslmualaikum..kalau nak apply ni cmne ea?

    ReplyDelete
  7. Guna sistem kemasukan pelajar ke IPTA(UPU)

    ReplyDelete
  8. boleh apply untuk course apa for degree?

    ReplyDelete
  9. Saya ni.. takot sikit la nak letak asasi dlm pilihan upu..sebab asasi org kate ajar mmg laju.. sdangkan sy dlm kelas pon blajar mmg sloww sikit.. aduh.. tp sy x de pilihan lain.. sbb da x tau nk letak kos ape ag

    ReplyDelete
  10. Saya ni.. takot sikit la nak letak asasi dlm pilihan upu..sebab asasi org kate ajar mmg laju.. sdangkan sy dlm kelas pon blajar mmg sloww sikit.. aduh.. tp sy x de pilihan lain.. sbb da x tau nk letak kos ape ag

    ReplyDelete
  11. SPM broa A di perlukan utk masuk??

    ReplyDelete
  12. Result spm saya 6A tapi saya dpt C+ untuk add maths. layak ke saya masuk asasi sains?

    ReplyDelete
  13. salam, akak Taj. kalau chemist n physics dpt B still boleh masuk asasi ke?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kalau tutition fee dia brp? And ada x schorlarship yg ditawarkan utk asasi kat sini?

    ReplyDelete
  16. Macam mana nak apply ni? sbb dekat dalam upu tak ada pulak pilihan uitm puncak alam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la. Cuba tengok betul2 dia tulis program asasi uitm kalau tak silap saya.

      Delete
  17. Mcm mana kalau ada 1 c+? Boleh ke masuk palam.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum.. saya nak taya.. asasi ni susah ke? saya sebenarnya masih konfius nak amik asasi sains atau kejuruteraan..spm saya dapat 4a+ 3a 2a- 1b+.. saya ni lemah English.. that's why.. English saya b..hehe.. a- for fizik n chemistry.. a for bio and addmath...biologi dulu jawab dlm bm.. n saya sebenarnya nak amik asasi sains but takut nak blaja bio dlm bi... takut tak leh nak catch up... agak2 lah saya ni layak ke nak amik asasi sains di uitm puncak alam ni.. disebabakan rasa takut nak blaja bio in English nak buat pilihan kedua nak ambik asasi kejuruteraan..apa yg patut saya bt.. actually.. I really need someone bagi kata2 nasihat pada saya... maaf sbb anda terpaksa bace bebelan saya yg panjang ni..sorry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. result kita lebih kurang ja 4a+ 2a 4a- 1b+,,,,b saya pun BI jugak,,,....saya pun minat medic,,,,,tpi bio dulu spm blaja dlam BM jugk,,,,teramatlah risau,,,,bio dan chemist a+.....fizik a-,,,,,x brani amik engine sebab x power fizik,,,,agak2 pengajian kat sini susah ke x,,,,saya nk mengaji yg mudah2 ,,,,,hahaha,,,x brani amik risk,,,,,maaf sbb tepaksa jugak dengar bebelan saya,,,,,saya lemah bi buleh ka apply medic

      Delete
  19. Assalammualaikum..nak tanya..kalo ambik asasi sains kat uitm..degree kena sambung kat uitm jgk ker atau blh sambung ke IPTA lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sambung ipta lain if u want.

      Delete
  20. lepas asasi sains uitm ni, boleh ke apply untuk ambik medic oversea?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...:) nk tnye, lepas habis asasi sains ni, boleh tak sambung *medic kt universiti yang lain? Harap ikhlas membantu .. terima kasih...��

    ReplyDelete
  22. Tumpang tanya,mcm mna nak print surat tawaran?sekian,terima kasih ;)

    ReplyDelete
  23. boleh pilih roommate tak? sbb kawan saya ramai dpt asasi sains di palama

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,ada peluang x sy ambik medic(mbbs) jikalau sy mempunyai B dalam SPM sedangkan minimum requirement dia nak B+?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,ada peluang x sy ambik medic(mbbs) jikalau sy mempunyai B dalam SPM sedangkan minimum requirement dia nak B+?

    ReplyDelete
  26. Hi, do we get to choose our room mates or they've been already paired for us?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Boleh ke lepas buat asasi sains and then buat degree daalm engineering ?

    ReplyDelete
  28. layak x masuk asasi sains palam tanpa subject physics? sy ambil chemist dan bio only. please reply.

    ReplyDelete
  29. salam, bleh tau silibus subject mathematics? kena belajar apa? TQVM

    ReplyDelete
  30. veri nice for information boss..
    thank you very much for information.

    ReplyDelete
  31. Salam. Pada pengalaman akak and abang kat atas . Berapa pointer paling minimum yang diambil untuk sambung ke degree dalam course asasi kejuruteraan ? Saya diberitahu kalau 3.5 pun belum tentu dapat masuk degree.

    ReplyDelete
  32. salam, saya nak jadi geologist, tapi saya tak pasti sama ada saya kena ambik asasi sains hayat ke asasi sains fizikal untuk ambik geology nanti, jadi macam mana ye?

    ReplyDelete
  33. salam, saya nak jadi geologist, tapi saya tak pasti sama ada saya kena ambik asasi sains hayat ke asasi sains fizikal untuk ambik geology nanti, jadi macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun minat geologist.. boleh tak saya berhubung dgn awk.. mungkin boleh kongsi info?

      Delete
  34. Hi and assalamualaikum. Boleh tolong terangkan lebih lagi tak pasal wifi and connectify tu? Saya dah beli wlan cable tapi nak buat yg connectify tu tak berapa pasti mcmana nak download and all. Thank you.

    ReplyDelete
  35. Hi assalamualaikum. Spm saya dapat bio B+, addmath B+, fiz A- and chemist A-. Result saya ni layak ke masuk asasi uitm? thank you.

    ReplyDelete
  36. assalam... kalau sya spm 5A.. tapi chemist saya c+ and bio phy sya b+.. layak ke masuk asasi kat sini? terima kasih...

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. Saya nak tanya asasi Uitm ni ada ada satu tempat je ke? Saya dah apply foundation of science Uitm masa UPU haritu. Harap2 dapat. Aamiin!

    ReplyDelete
  39. juncthropVqui-ri Mark Hogan Download crack
    pliftiltizets

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/