Skip to main content

Motivasi Diri oleh Prof Dr. Haji Wak

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Pertama-tamanya, panggil saya Wak saja ok? Kita nak sempoi-sempoi saja. Jadi, tujuan Wak menulis post ini dengan hati yang tulus mulus dengan keikhlasan ialah untuk memberikan sedikit tazkirah atau peringatan atau pencerahan yang bukan sahaja berguna untuk uolls malahan lebih terutama kepada Wak.



Pertama-tamanya Wak nak anda semua selak semua buku-buku atau lagenda-lagenda yang ada. Setiap babad (chronicles) atau saga mesti mempunyai watak utama. Mungkin kadang kala watak utama ini mempunyai kuasa ajaib, muka yang tampan dan badan yang sadurr, tetapi ada juga watak utama yang berperwatakan lemah, sederhana. Tetapi, setiap plot yang di dalam setiap babad dan saga itu merupakan perjalanan untuk watak-watak itu-tidak kira ia lemah ataupun kuat-untuk menemui kebenaran dan kefahaman tentang diri sendiri. Di dalam istilah Islamnya, makrifatun nafs.

Seorang ahli psikologi Dr. Jung di dalam bukunya Modern Man in Search of a Soul memberitakan dalam proses untuk menemukan kebenaran, kepastian (dan kejayaan) kita kena mengharungi kegelapan dan timbul semula darinya. Kerana dengan eksposisi kepada cahaya dan gelap, maka lengkaplah kefahaman kita tentang diri kita. Sesetengah orang dia selesa dengan kehebatannya, apabila dijentik sedikit, maka inertia egonya akan memusnahkan dirinya.

Kita perhatikan di dalam sirah Rasulullah sendiri, adakah Rasulullah dan para sahabat meraih kejayaan dengan kesenangan, memenangi setiap perjuangan dengan mudah. Jika anda seorang penganut lain, adakah Buddha menemui Nirvana dengan jalan mudah? Tidak, setiap orang yang hebat, tokoh-tokoh dan lagenda kisahnya kesemuanya dipenuhi dengan ups and downs dalam kehidupan.



Kenapa Wak merepek tentang sesuatu yang terjadi ratusan malahan ribuan tahun dahulu? Kerana Wak ingin memberitahu bahawa dengan memikirkan kita sebagai satu unit individu yang penuh kelemahan, kadang kala bebannya sangat berat tetapi jika kita mengaitkan diri kita dengan satu jalinan yang lebih luas, jalinan suprapersonal melalui kisah-kisah yang temanya berulang-ulang maka kita akan menemui kekuatan yang lebih besar. Seperti kata Mamluk Qayser, fight for a greater cause for a greater power.

Therefore, kita kena menerima kegagalan, kejayaan, tangisan, gelak tawa kesemuanya merupakan proses membentuk diri kita menjadi lebih kuat. Kehidupan penuh dengan paradoks, kita bersungguh-sungguh untuk hidup tetapi hakikatnya semakin dekat dengan kematian. Kita berusaha untuk mendapatkan wanita yang kita suka namun akhirnya tetap akan berpisah jua dek kematian.

We have to embrace the truth.

Bila kita menerima kenyataan ini, maka kita akan menghargai kehidupan, thrive to live this life every moment, every sliver, every second. We want to make each chapter in our lives worthy, when our grandchildren asked us, "What do you do in this and that year?", you will smile and never regret to recount the tales and adventure you have in that year.

Bila ditimpa musibah maka bergembiralah kerana anda kini berada di jalan para Nabi, para Auliya dan para pejuang.

Ingat untuk berjaya, kita kena ambil nafas panjang, terjun ke dalam lautan kehidupan dan muncul ke permukaan semula.



Sekian dari kami,
The Contributors

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/