Skip to main content

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya



PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA (PASUM)
*bumiputera only




Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Izinkan diri ini untuk menggunakan perkataan ‘aku’ untuk mewujudan rasa santai ketika membaca perkongsian ni. Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada semua lepasan SPM 2014 kerana berjaya mengharungi peperiksaan tersebut. Sekarang tibalah masa untuk memikirkan ke mana destinasi yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran. Sudah tentu korang agak pening kepala dalam membuat keputusan. Baiklah, sebagai pelajar Asasi Sains Universiti Malaya atau dikenali sebagai PASUM, aq akan cuba untuk berkongsi serba sedikit pengalaman belajar di sini agar para pembaca juga akan tertarik untuk menyambung pelajaran di unversiti terbaik di Malaysia ini.
Kursus pengajian asasi terbahagi kepada dua sem(setahun). Aku adalah pelajar asasi sains hayat. Ada juga aliran sains fizikal dan alam bina. Subjek yang perlu dipelajari oleh pelajar hayat ialah maths, biologi, kimia, fizik, jati diri dan English, manakala pelajar fizikal akan belajar fizik, kimia, maths, jati diri, English, sains computer dan matematik kejuruteraan. Sistem pelajaran di sini berdasarkan kuliah, kelas tutorial dan makmal dan akan terdapat dua peperiksaan besar di setiap sem iaitu midsem dan final sem. Kedua-dua exam ini lebih menakutkan daripada SPM kerana jika pointer korang bawah 1.5, korang akan dikeluarkan dari kursus ini.Tambahan pula, pointer korang bukan sahaja berpandukan pada exam, korang juga perlu mengumpul carry marks (test, lab dan tutorial) untuk mendapatkan pointer yang baik.  Aku rasa tidak perlu aku menerangkan dengan lebih lanjut mengenai system PASUM ini kerana semua ini akan diterangkan sebaik sahaja korang terpilih untuk masuk ke sini.
                Kenapa aku memilih PASUM? Sebenarnya aku memang berminat untuk ke UM ini kerana ingin mengikut jejak langkah ibuku. Oleh sebab itu, selesai sahaja tamat SPM, aku kurang berminat untuk melanjukan pelajaran ke luar Negara kerana hati ini teringin ke UM. Aku berpendapat bahawa kita tidak semestinya belajar di luar Negara kerana Negara kita sendiri mempunyai antara university yang terhebat di dunia.
                Berdasarkan  pengalaman, life sebagai pelajar asasi ni seperti zaman persekolahan. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana korang perlu memakai kemeja dan tai (lelaki) manakala baju kurung (perempuan) setiap kali hendak pergi ke  kuliah atau kelas tutorial. Bukan itu sahaja, jadual kelas korang akan bermula pada pukul 8 dan tamat pada pukul 5. Namun, untuk berjaya, tak mungkin semua ini akan dijadikan alasan. Walaubagaimanapun, kehidupan di waktu malam adalah bebas:p. Tidak ada lagi kelas prep seperti di sekolah dahulu. Tambahan pula, UM ni terletak di KL dan pintu pagar UM juga terbuka 24 jam (antara dugaan yang terbesar yang perlu dihadapi sebagai pelajar) dan untuk mendapatkan kenderaan awam juga amatlah mudah. Kepada mereka yang berasal bukan dari kawasan Bandar, jangan risau kerana sekejap sahaja korang akan terbiasa untuk menaiki kenderaan awam di KL ini (boleh dikatakan master laa :p) Alhamdulillah aku tiada masalah dalam mengawal diri daripada terlalu enjoy kerana kita perlu ingat akan tujuan kita datang ke UM ini!
                Mengenai tempat kediaman, mulai sesi 14/15, semua pelajar PASUM akan ditempatkan di Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) atau dikenali sebagai Kolej Kediaman ke-11 (KK11).Kolej ini boleh dikatan selesa, korang akan duduk empat orang sebilik.  Jika korang berbakat dalam kepimpinan, korang boleh la menjadi JTK(Jawatankuasa Tindakan Kolej)  di kolej ini. Pelajar asasi tidak boleh membawa kenderaan kecuali basikal. Untuk ke kelas, korang nanti boleh la menaiki bas yang disediakan. Alternatif lain ialah dengan berjalan kaki (lebih kurang lima belas minit sahaja). Bagi aku, berjalan kaki ke kelas pada waktu pagi adalah sesuatu yang menyeronokkan dan amat menyegarkan. Mengenai makanan pula, kafe disediakan di kolej kediaman dan harga makanan juga berpatutan. Korang prlu berjimat dalam pembelian makanan kerana kebanyakan pelajar asasi ni menghabiskan duit hanya untuk makanan.
                Perkara yang paling menarik di sini ialah aktiviti labnya. Subjek yang mempunyai lab ialah kimia, fizik dan biologi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap lab ialah tiga jam seminggu. Kenapa aku mengatakan bahawa ini amat menarik? Cuba bayangkan, setiap kali masuk ke lab, korang akan diberikan manual dan perlu menjalankan eksperimen dengan sendirinya dan atas bantuan lab demo serta korang perlu menghantar lab report. Ini merupakan satu-satunya pengalaman yang tidak diperoleh di sekolah dahulu. Aku paling suka lab fizik dan biologi kerana eksperimen yang disediakan amat menarik.  Lab kimia pula kurang digemari kerana setiap minggu ada sahaja pelajar yang akan memecahkan alatan yang disediakan dan pelu membayar ganti rugi.Korang perlu lebih berhati-hati ketika lab ini.
Tidak lupa juga akan kemudahan wifi yang disediakn di UM. Korang boleh mendapat wifi hampir di kebanyakan tempat di UM ini, dan UM menyediakan antara rangkaian wifi terlaju antara universiti-universiti lain di Malaysia. Di sini, korang bukan sahaja akan belajar dan menjadi ulat buku, banyak aktiviti lain yang akan dijalankan oleh pihak kolej dan PASUM sendiri, seperti akiviti jogathon serta pertandingan berasaskan akedemik dan seni kreatif. Korang perlu mengumpul 10% markah koko untuk membolehkan korang membuat permohonan UPU untuk ke degree nanti. Nasihat aku kepada mereka yang terlalu aktif di sekolah dahulu, ingat disini tiada siapa yang mengawal aktiviti korang, korang sendiri perlu menyeimbangkan masa untuk beraktiviti dan belajar.
Akhir sekali, kepada para pembaca pilihlah jurusan yang korang minati bukan atas dasar paksaan kerana yang ingin ke menara gading ialah korang sendiri. Kepada SAMURIAN Batch 31, janganlah segan untuk bertanya kepada kami (SAMURIAN Batch 30) sekiranya terdapat persoalan atau masalah yang timbul. Yakin dan redha atas ketentuan Allah, walau di mana kita ditempatkan, yang penting kita belajar. Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian yang dapat aku berikan, semoga kita dapat bertemu di menara gading! Selamat maju jaya..... Wassalam
ZIKRY BIN ZULKIFLY
SAMURA BATCH 30
PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA
                  Zikry zulkifly (FB)

Comments

  1. 6a layak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul2 minat and nak mencuba apa salahnya, letak je PASUM first choice. Yg lain kita tawakkal ye :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Tumpang tanye, ape kelayakan utk masuk um? Especially kalu nk ambik asasi sains hayat.. Dan mcm mane kite nk apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya pbaca post ini eheh ,tp setahu saya utk memohon asasi di UM boleh melalui sistem permohonan upu .:-)

      Delete
    2. InsyaAllah klw 6A ke atas tu ade peluang. Beli no pin isi UPU letak Pasum first choice ok

      Delete
    3. terima kasih atas maklum balas

      Delete
  3. 4A 5B layak tak?

    ReplyDelete
  4. Setahu saya..kebykkan yg masuk um kalau tak straight A mesti ade 1B je time spm..tu zmn sy mase 2009/2010..skrg mgkin lg ketat

    ReplyDelete
  5. kena beli no pin ke???

    ReplyDelete
  6. assalamualakum. how to apply? cikgu saya cakap kena beli no pin selain no pin utk upu tu. apa2 pon terima kasih atas penerangan di atas. harap en dpt memberi respon secepat yg mungkin :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya nak tanya ,kalau nak masuk Asasi UM ni kena ada scholarship tak? mean saya kena mohon apa2 scholarship tak? ataupun kena buat pinjaman ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaiksmlm.. X de scholarship pon x pe, sbb student asasi akan diberikan elaun.

      Delete
    2. Klau result 6A layak x msok um ni??

      Delete
    3. Tpi syarat kelayakan sy lpas la..

      Delete
  10. Nanti kena isi perjanjian asasi dgn KPT. Student cuma kena byr masa register je dlm RM800++. Semua yuran lain akan ditanggung oleh kementrian. Pastu nnt masa belajar dpt elaun. -PASUM1415

    ReplyDelete
  11. mostly straight A. paling teruk 1B. yg lain tu jgn mengharap la

    ReplyDelete
  12. saya ni result 8a 1b.. b nya English... layak ke nak masuk pasum.. haih.. bio belajar di pasum ni lebih mendlam eh drpd yg kita blajar di form 4 n 5 dulu...? sama jgk untuk fzk n chemist ek? ermm susah ke nak skor cgpa 3.75 ke atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah layak.. Semua subjek sains (fizik, kimia and biologi) akan dipelajari dngn lebih mndalam.. Nk skor cgpa yg tinggi tidaklah sukar jika fokus dlm pmbelajaran..

      Delete
  13. Kalau x dpt biasiswa nk msk u pon x pe ke...nnti ade alaun ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student asasi akan diberikan elaun.. Kalau x silap rm1250 per semester..

      Delete
  14. salam. saya dapat 7a tapi mengambil subjek akaun. boleh ke saya ambil sains fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ade ambil subjek sains (fizik,kimia and biology) semasa spm, in shaa Allah bleh ambil sains fizikal.

      Delete
  15. ada interview ke sebelum masuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak..setahu saya , sekarang dah tak ada interview kan?

      Delete
  16. Abang, lepasan PASUM boleh tak ambik course petroleum engineering dekat UTP?

    ReplyDelete
  17. Abang,kalau lepasan PASUM boleh pergi Ireland tak?

    ReplyDelete
  18. nak masuk asasi ni ada interview kan? kalau x pass interview ?

    ReplyDelete
  19. Salam,, sy lepasan spm 2014...
    Biasanya bila tarikh temuduga n kemasukn k asasi um??

    ReplyDelete
  20. macam best je masuk pasum ni! thanks for this article ya, and one more thing, kat sini ada warden x? harap2 la xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade tapi dipanggil felo. But dont worry, peraturan kat kolej tak seketat asrama.

      Delete
  21. Berapa markah merit abang dulu sebelum masuk asasi?

    ReplyDelete
  22. Salam..result spm saya 7a 2b..agak2 boleh layak ke??

    ReplyDelete
  23. Salam..result spm saya 7a 2b..agak2 boleh layak ke??

    ReplyDelete
  24. Dulu rasanya ada temuduga, tetapi skrg masa apply UPU tu x ada pulak tulis prog ini bertemuduga. Maybe tahun ni lagi senang nak masuk pasum.

    ReplyDelete
  25. Rasanya tahun 2015 ni takde interview masuk PASUM sebab saya apply first choice sains fizikal dan second choice sains hayat kat UM. Tengah tunggu UPU...but luckily I was got scholarship from JPA-Kejuruteraan Japan.

    ReplyDelete
  26. Berapa ya yuran untuk asasi sains hayat di um? Sy dapat um, asasibsains hayat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran yg perlu dibayar oleh pljr, rm827.50 (asasi sains hayat).. Perlu bayar sblm mendaftar, utk kepastian boleh cek kat google.. Harap membantu :)

      Delete
    2. Yuran yg perlu dibayar oleh pljr, rm827.50 (asasi sains hayat).. Perlu bayar sblm mendaftar, utk kepastian boleh cek kat google.. Harap membantu :)

      Delete
  27. First choice saya is asasi sains hayat tapi saya dapat asasi sains fizikal. Nak tanya boleh tukar course ke?

    ReplyDelete
  28. sy dpt asasi hayat... nti akan ade interview lg ke?

    ReplyDelete
  29. Saya dapat asasi sains fizikal um from upu. first choice saya asasi sains hayat um, boleh tukar tak?

    ReplyDelete
  30. http://apekblogger.blogspot.com/2012/05/kenapa-perlu-masuk-pasum-perkara-asas.html?m=1
    Kalu ikut blog ni boleh tukar mase haluansiswa.. Harap membantu :)) maaf sekiranya ade maklumat yg salah.

    ReplyDelete
  31. http://apekblogger.blogspot.com/2012/05/kenapa-perlu-masuk-pasum-perkara-asas.html?m=1
    Kalu ikut blog ni boleh tukar mase haluansiswa.. Harap membantu :)) maaf sekiranya ade maklumat yg salah.

    ReplyDelete
  32. sijil2 kokurikulum yg surat nyatakan ni, nk bawa smua sijil koku atau sijil koku yg ada markah koku saje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa je semua. lagi baik. untuk spare . mana tahu kot2 dy nak.

      Delete
    2. bawa je semua. lagi baik. untuk spare . mana tahu kot2 dy nak.

      Delete
  33. assalam nak tanya
    masa dalam lab nanti ade lecturer tunjuk ajar kan x ?
    buku buku rujukan mcm mana nak dpt ye ?

    ReplyDelete
  34. Minggu Suai Kenal Pelajar Asasi Sains UM 2015/16 - https://www.facebook.com/pages/Minggu-Suai-Kenal-Pelajar-Asasi-Sains-UM-201516/525974354210313

    ReplyDelete
  35. Minggu Suai Kenal Pelajar Asasi Sains UM 2015/16 - https://www.facebook.com/pages/Minggu-Suai-Kenal-Pelajar-Asasi-Sains-UM-201516/525974354210313

    ReplyDelete
  36. u.m takde course untuk diploma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...boleh cek kat sini https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0CCIQFjABahUKEwjS1LDQipzIAhUK1I4KHS8tDUo&url=http%3A%2F%2Fumcced.edu.my%2F&usg=AFQjCNEd1vFEX20pxqDmi2sO91nLCjD9dw&sig2=gnGAJTHKQ8iXYzdkwTyyTw

      Delete
  37. Kalau dh abes asasi sains hayat boleh smbung degree apa ek?

    ReplyDelete
  38. Kalau dh abes asasi sains hayat boleh smbung degree apa ek?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum. Saya SAMURIAN batch 32. Saya masih tak tahu nak apply u mana untuk asasi. Tapi yang pasti saya nak ambil asasi sains hayat. Ada terfikir nak isi PASUM as first choice. Jadi nak tanya, kat PASUM ni memang kena struggle habis ke? Persaingan memang kuat eh? Semua ranker ranker ke macam mana? Bukan apa, cuma tak mampu bersaing.

    ReplyDelete
  40. Salam saya pelajar lepasan spm 2015.Btol ke org ckp klu dpt pointer 3.89 pon kat um x diterima utk masuk ke peringkat ijazah utk ijazah mbbs di um .sekiranya begitu,bolehkah pelajar asasi tersebut diterima untuk ijazah yg sama di universiti yang lain.mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
  41. Salam saya pelajar lepasan spm 2015.Btol ke org ckp klu dpt pointer 3.89 pon kat um x diterima utk masuk ke peringkat ijazah utk ijazah mbbs di um .sekiranya begitu,bolehkah pelajar asasi tersebut diterima untuk ijazah yg sama di universiti yang lain.mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak U akan utamakan pelajar asasi diorg tapi ikut kuota, macam course medic klau boleh dia nak 4flat. Macam tu jugak pemilihan utk pljr dari matriculation, pihak U akan select the best 4flat to further study in mbbs. Tapi asasi UM laku utk semua UA except UIA and USIM

      Delete
    2. Means asasi UM memang laku untuk buat degree dekat semua UA eh ? Kalau asasi UIA and USIM macam mana pulak? Asasi UIA and USIM memang degree dekat U diorang tu jeke ? I really need feedback . Tq :)

      Delete
    3. Ye, pljr pasum boleh masuj degree kat mana2 ua. Kecuali uia dan usim sbb degree kat sana utk pljr asasi diorg. Tapi xtau laa kalu ade yg dpt. Rezeki diorg laa tu.

      Delete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. ada penerangan tak utk um foundation programme to japan? macam mana nk apply? or sy boleh contact dgn student yg amik course tu? sbb sy search tp tak byk penerangan. thankyou :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf xde no pljr yg ambik kos tu. Tapi ade kwn pasum cakap bileh try search mara / jpamara. Sbb diorg yg tawarkan kos tu. Utk ambik rpkj (rancangan persediaan ke jepun) di um xde dlm upu. Harap dpt membantu. Maaf jija tak menjawab soalan.

      Delete
  44. mcm mn nk apply..? and klu subject science x dpt A blh apply ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk apply asasi pasum isi kat upu je (; try je apply dulu. Ade rezeki, insya Allah dpt.

      Delete
    2. Utk apply asasi pasum isi kat upu je (; try je apply dulu. Ade rezeki, insya Allah dpt.

      Delete
  45. mcm mn nk apply..? and klu subject science x dpt A blh apply ke..?

    ReplyDelete
  46. As'salam. Campus untuk Pusat Asasi Sains Hayat dan Fizikal terletak di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Kampus pasum di um pj

      Delete
  47. kalau dapat sains fizikal, boleh tukar ke sains hayat ke?

    ReplyDelete
  48. Kalau apply sains fizikal boleh ke tukar sains hayat? harap reply :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bile dh masuk pasum nanti, pejabat akan tanye sape nk tukar aliran. Dan, bile mintak nk tukar tu x semestinya dpt tau.. Pasum akan tgk kekosongan aliran fizikal atau hayat tu. Kalu ramai student yg keluar pasum sbb dpt twrn lain, peluang nk tukar tu ade laa.. Wallahu'alam. Basically, boleh mintak utk tukar. Dpt ke tak, depends atas pihak pasum. Harap membantu.

      Delete
    2. Bile dh masuk pasum nanti, pejabat akan tanye sape nk tukar aliran. Dan, bile mintak nk tukar tu x semestinya dpt tau.. Pasum akan tgk kekosongan aliran fizikal atau hayat tu. Kalu ramai student yg keluar pasum sbb dpt twrn lain, peluang nk tukar tu ade laa.. Wallahu'alam. Basically, boleh mintak utk tukar. Dpt ke tak, depends atas pihak pasum. Harap membantu.

      Delete
  49. Kak...susah ke nak dapat 4 flat kat pasum ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Depends atas cara awk belajar. Insya Allah, kalu awk pandai arrange masa, buat ape yg lecturer suruh.. Insya Allah senang je.. Ramai je budak pasum batch akak dpt 4 flat mase final sem 1. Dia atas strategi awk laa.. Hehe.. Awk skor carry mark tinggi, Insya Allah boleh. Sbb carry mark tu dh 40% dh.. Byk tu.. ^^

      Delete
  50. assalamualaikum kak sy nak tanya ttg kos asasi sains di um . kalau sy ambik kos ni selama setahun , lepas habis asasi di um , sy dpt terus sambung peringkat degree ka ?? sy confius skit ttg asasi , sbb asasi ni peringkat diploma /ijazah atau just asasi ?? n SPM saya dpt 6A 3B , akak / abg blogger rsa permohonan saya diterima x utk ke um ?? FZ saya A- , BI-B .. harap akak/abg reply lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. First, akak xtau diorg pilih camne. Yg pasti, yg x dpt straight a pun boleh masuk pasum janji markah koko tinggi. Insya Allah, ade rezeki awk, dpt laa (: asasi ni mcm matrik. Asasi kat pasum setahun kalu kat uia depends atas exam kat sana.. Mknenya lps awk habis exam final sem 2, dlm awal bulan 8/ akhir bulan 9 awk akan terus masuk degree mcm batch akak skrg. Kietorg tgh tunggu result final sem 2 dan kemasukan ke degree laa.. Utk pasum, sblm awk habis. Awk kena isi balik upu utk masuk degree dan isi laman web um utk pilih kos ape awk nk smbung kat um.. Harap membantu (: all the best adik2. Yg penting awk kena pandai manage masa dan cepat2 adapt dgn suasana kat sana. Jgn patah semangat tau (;

      Delete
    2. Wa'alaikumussalam.. First, akak xtau diorg pilih camne. Yg pasti, yg x dpt straight a pun boleh masuk pasum janji markah koko tinggi. Insya Allah, ade rezeki awk, dpt laa (: asasi ni mcm matrik. Asasi kat pasum setahun kalu kat uia depends atas exam kat sana.. Mknenya lps awk habis exam final sem 2, dlm awal bulan 8/ akhir bulan 9 awk akan terus masuk degree mcm batch akak skrg. Kietorg tgh tunggu result final sem 2 dan kemasukan ke degree laa.. Utk pasum, sblm awk habis. Awk kena isi balik upu utk masuk degree dan isi laman web um utk pilih kos ape awk nk smbung kat um.. Harap membantu (: all the best adik2. Yg penting awk kena pandai manage masa dan cepat2 adapt dgn suasana kat sana. Jgn patah semangat tau (;

      Delete
  51. Bile tarikh kemasukan pelajar asasi tahun 2015/2016 ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain pusat asasi lain tarikh intake.. Pasum biasenya akhir mei..

      Delete
    2. Lain pusat asasi lain tarikh intake.. Pasum biasenya akhir mei..

      Delete
  52. hai tumpangnya pakaian semasa kuliah setiap hari bagi student lelaki wajib kemeja ke atau boleh pakai tshit berkolar dan selauar slack tq.

    ReplyDelete
  53. tumpang tanya sebagai persediaan untuk daftar pada 29/5 tq

    ReplyDelete
  54. tumpang tanya sebagai persediaan untuk daftar pada 29/5 tq

    ReplyDelete
  55. boleh ke bayar yuran pendaftaran lambat?

    ReplyDelete
  56. Adik2 yg dpt masuk pasum boleh rujuk blog ni jgk. Kat situ ade update tntg mskp (orientasi dan pendaftaran) batch 2016/2017.. Boleh laa bertanya kat situ (:

    http://amirrosyadie.blogspot.my/2016/01/pasum-apa-yang-kita-perlu-tahu.html?m=1

    ReplyDelete
  57. Adik2 yg dpt masuk pasum boleh rujuk blog ni jgk. Kat situ ade update tntg mskp (orientasi dan pendaftaran) batch 2016/2017.. Boleh laa bertanya kat situ (:

    http://amirrosyadie.blogspot.my/2016/01/pasum-apa-yang-kita-perlu-tahu.html?m=1

    ReplyDelete
  58. Hahah..Lol..baca2 sampai bawah rupanya senior samura B30..aku B32

    ReplyDelete

  59. Hi saya nak tanya. Kalau Add Math SPM saya dapat C atau D, ada peluang ke nak masuk PASUM? Dan bila kat PASUM, ada belajar Add Math tak? Kalau ada, lagi susah dari syllabus SPM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try je isi kat upu, Insya Allah ade rezeki dpt laa masuk pasum ^^
      Kat pasum ada sbjek math, tpi math yg agak dlm laa.. Mcm addmath, but a bit detail.. Tpi xpe, jgn risau lecturer akan ajar dri basic. No worries (;

      Delete
  60. Tumpang tanya.. apa aktiviti kokurikulum yang ada di UM? (Semasa asasi) dan bagaimana untuk mengikutinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti untuk pljr asasi kebanyakannya di dalam Kolej Kediaman itu sendiri. Pelajar asasi ditempatkan di Kolej Ungku Aziz (KUAZ). Di sini akan ada banyak aktiviti yang korang akan anjurkan sendiri dengan bantuan felo. Contohnya Jogathon, Malam Borneo (biasanya pelajar Sabah & Sarawak akan handle), Quizzes. My advice is to be active but control yrself.

      Delete
  61. Kak/abg kalau asasi alam bina ni perlukan subjek bio, kimia, fizik, addmath ke ? Sbb saya aliran it, eka, pd . Maaf kalau x masuk akal :/

    ReplyDelete
  62. Ade interview ke?

    ReplyDelete
  63. Salam saya nak tanya. Result Spm 2016 saya dapat 9a 1b. Tapi b tu addmath so saya kurang yakin boleh dapat ke tak. Lagi satu saya ada terbaca kalau result tak ok sangat tapi markah koko tinggi boleh masuk. Tapi markah koko saya 7.3(B) je. Agak agak layak tak? :( Thank you in advance!

    ReplyDelete
  64. Assalaamu'alaikum
    Tumpang bertanya...berapa estimated merit point yang diperlukan untuk kemasukan ke Asasi Sains UM? i.e. berdasarkan pengalaman adik2 UM di sini & sahabat2...

    ReplyDelete
  65. Salam tumpang ty .. berspakah cgpa yg dipelukan oleh lepasan pasum untuk stay kat um bg fakulti biasa.. seperti fakulti sains.. ini adslah utk autonomi um tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/