Skip to main content

Bachelor of Law LL.B (Hons) @ UKM

Assalamualaikum & hi! I’m Aina Syakira, Batch 30 Samura. So basically I’m doing my LLB programme in UKM right now. Walaupun at this moment first sem pun tak habis lagi, but trust me, this programme is really challenging and perlukan kesabaran yang tinggi. To those yang rasa nak ambil Law because you think Law is beyond easy compared to other courses, think twice or maybe thrice. No, I’m not trying to scare everyone yang nak ambil Law, but that’s the reality. Orang selalu ingat Law ni senang, and yes Law ni senang if you’ve passion in doing this thing. Basically, what I’m trying to say here is, doing Law is not that tough if you have passion in doing this.

What is LLB? LLB or known as Legum Baccalaureus in Latin. Or Bahasa mudahnya The Bachelor of Laws. Fun fact, bila belajar Law, korang akan jumpa/belajar banyak terminologies in Latin, such as, ab initio, mens rea, actus reus, animus contrahendi, bona fide and many more. No worries, by the time korang study law ni korang akan ingat semua terms ni tanpa disedari. Antara perkara basic yang korang perlu tahu sebelum memasuki UKM Law School ialah,


  1. MUET Band 4, CGPA 3.5 dan keatas.
  2. Tempoh pengajian ialah selama 4 tahun iaitu sebanyak 8 semester.
  3. Sistem pembelajaran yang menggunakan Dwi Bahasa/Bilingual iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  4. UKM mempunyai pembelajaran berbentuk PBL (Problem Based Learning).


Sistem pembelajaran yang menggunakan Dwi Bahasa – Fakulti Undang-undang UKM ialah satu-satunya Law school yang menggunakan Bahasa Melayu di dalam sistem pembelajaran. Pensyarah akan menggunakan Bahasa Melayu ketika kuliah. Manakala, di dalam kelas tutorial pensyarah akan menggunakan Bahasa Inggeris. Rasionalnya UKM menggunakan Bahasa Melayu di dalam pembelajaran ialah kerana di dalam institusi Mahkamah, semua Mahkamah Rendah "subordinate court" menggunakan bahasa Melayu manakala Mahkamah Tinggi pula rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris.  Ini bermakna, graduan undang-undang UKM telah diberikan ilmu dan market yang lebih tepat berbading tempat lain.

PBL – PBL ialah pembelajaran berasaskan masalah. Setiap tahun pengajian, pelajar akan didedahkan dengan etika dan cara-cara sebenar seseorang peguam menjalankan tugasan. Sebagai contoh, sebagai pelajar tahun satu FUU UKM, kami telah diarahkan untuk membuat PBL tentang ‘Client Counselling’. Kami perlu membuat fieldwork dan perlu membuat temujanji dengan peguam bagi mengetahui etika dan cara pengendalian ‘Client Counselling’. Ini bagi memudahkan pelajar undang-undang UKM menyesuaikan diri di dalam alam pekerjaan bila dah graduate nanti.

Ha, satu lagi. Setiap hari Khamis, semua pelajar digalakkan memakai pakaian berwarna hitam dan putih which is warna rasmi dalam legal field. Hari Khamis ni kitorang panggil as ‘BELLUS CHROMA THURSDAY’


Korang akan belajar Arab tahun dua nanti. Bahasa Arab ni subjek wajib fakulti. Just a friendly reminder, korang memang akan kena baca banyak benda, contohnya, statutes, cases, law books, articles and so on. Boleh dikatakan buku sejarah Tingkatan 4 & 5 tu takde apa sangat pun. Setiap satu class tutorial Constitutional Law, korang kena ready baca 7/8 cases.

So, sebenarnya course undang-undang ni sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar. If suka something yang challenging, feel free to join law school okay! Banyak yang korang akan belajar, yang sebelum ni korang tak tahu pun ada undang-undang macam ni haaaa. Meh la masuk law school.

Lastly, best of luck everyone in whatever you choose to do. Life is a matter of choice.

For any inquiries, you can contact me personally.
Facebook; Aina Syakira
Twitter; @nrainasykra
Email; nurainasyakira@yahoo.com

Comments

  1. Assalamualaikum kak... Sy ni adlh bdk lpasan spm yg bminat dgn law@smbg blajar law... So ape nasihat kak tentang law yg kak bleh share kat sy?

    ReplyDelete
  2. Masa 4 tahun ini ada keluar belajar oversea ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/