Skip to main content

UNITEN (Foundation in Engineering) and INTEC (ADFP, Engineering)

Intro

Pening nak sambung mana? Jangan pening-pening sebab future is unpredictable. The important things to do are basically get good results and doa’ sebab benda-benda tu yang akan memudahkan perjalanan. Sebabnya, even aku sendiri tak pernah terfikir yang aku akan berada dekat mana aku sekarang. Anyway, college life dengan school life sangatlah berbeza. First class aku dekat uni, lecturer aku cakap ; “Kalau dulu kat sekolah awak selalu kene tepati masa, sekarang kat uni dah takde benda tu sebab awak kena urus masa sendiri.” Reaitinya macam tulah, sebab kita free untuk buat apa yang kita suka (untuk tempat belajar aku lah) so sendiri mahu tahu. Ok. Cukup intro, dah macam orang tua pulak rasa bebel banyak.


First-UNITEN (Foundation in Engineering)

Kenapa first? Baca sampai habis. UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) ada dua kampus. Bagi engineering and IT courses kampus terletak dekat area Putrajaya-Bangi -Kajang iaitu main campus. Manakala, bagi finance,accounting dan business kampus terletak di Muadzam Shah, Pahang serta nama glamournya UNITEN Kshas. Dalam post ni, aku akan bercerita tentang main campus sebab aku budak engineering. Basically main campus UNITEN ni sangatlah strategik. Nak bergerak ada KTM Serdang paling mudah, kaki gatal nak jalan boleh pergi IOI kat sebelah tu je dan kiranya package cukup. Jadinya, kenalah pandai  control nak berjalan tu! Haha.

Seterusnya, UNITEN ni universiti swasta, maknanya yuran semua kena payung sendiri. Akan tetapi, TNB (syarikat elektrik tu) ada jugak tawarkan biasiswa dan Alhamdulillah aku berjaya dapat. Untuk pengetahuan semua, tahun 2014, TNB ada tawarkan biasiswa dua kali, satu guna result trial SPM untuk SBP & MRSM dan lagi satu guna result SPM yang terbuka untuk sesiapa pun. Bagi kes aku, aku guna result trial dan interview diadakan dalam bulan awal Januari dan result keputusan interview dapat dalam bulan March lepas result SPM dan seminggu seterusnya terus kena lapor diri ke UNITEN. Kiranya, aku masuk uni awal sikit dari yang lain iaitu bulan 3. Urusan biasiswa ni diuruskan oleh YTN (Yayasan Tenaga Nasional) dan elaun yang ditawarkan agak lumayan. Bagi foundation sebulan RM 500, yuran & penginapan ditanggung beres serta ada elaun buku & alat tulis dalam RM 600 untuk setahun. Untuk makluman semua, elaun yang YTN bagi adalah antara paling tinggi dan of course lagi tinggi dari elaun JPA. Selain itu, scholar YTN akan ditaja terus untuk degree di UNITEN serta scholar akan ada bond kerja dengan TNB selama 7 tahun selepas graduate. Asrama dekat sini, macam biasa je dan okay-okay je. Ada living room dan boleh bawak electric stove and etc, kiranya cam rumah sendiri lah. The best part ialah scholar tak perlu pergi orientasi and dekat sini korang takkan pernah dengar perkataan senior or junior sebab semua orang jaga tepi kain masing-masing.

Dari segi belajar, semester kat UNITEN ni agak pelik sebab bila university awam lain cuti pelajar UNITEN tak cuti dan vice versa. Dekat UNITEN ni ade diploma dan foundation. Scholars akan masuk program foundation selama setahun yang macam aku punya dikenali sebagai Foundation in Engineering. Belajar kat sini agak cepat sebab tiba-tiba kau akan belajar Calcalus tanpa ada basic iaitu Pre-Calculus. Mula-mula tu cam kelam kabut sikit lah sebab tak tahu apa benda lah lecturer ajar, tapi if banyak buat latihan dan biasakan buat past year and exercises lecturer bagi boleh je score, iAllah. Selain itu, I found it interesting dekat UNITEN ni sebab dekan kitorg sangat tekankan CSR (corporate social responsibility) yang bermaksud cam buat charity works, cari fund, organise events and etc yang aku rasa cam banyak benda boleh belajar daripada buat tu.
Finally, aku dapat habiskan first sem je dekat sini sebab aku buat keputusan untuk terima tawaran JPA. Overall, if dapat scholarship YTN untuk UNITEN, it is something that you guys need to ponder and decide lah sebab UNITEN is quite a good place to study.


Second-INTEC (ADFP, Engineering)

Now, let’s move on to INTEC. INTEC ni terletak di Shah Alam and INTEC is a semi-private college sebab belum fully private lagi. Dekat INTEC ada banyak program lain, macam A-Level, SACE and etc tapi the one I am going to talk about adalah ADFP (American Degree Foundation Programme) yang merupakan preparation untuk budak-budak yang nak fly ke America. So, basically I am under JPA (elaun RM 430/month), nama biasiswa JPA-MARA dan untuk makluman aku rasa batch aku under JPA-MARA, JPA banyak hantar pelajar untuk further in Science. So bila apply, korg kena lah fikir-fikirkan option itu sebab peluang untuk ke overseas under choice tu macam lagi mudah dan banyak. TAPI, ini adalah berdasarkan pandangan dan observation aku semata, OK?  INTEC ni ada kena mengene dgn UITM, so orientasi INTEC dalam seminggu dan jujurnya, aku sangat tak suka orientasinya bertambah lagi masa tu time puasa. Memang minggu pertama tu rasa menyesal pun ada jugak tapi Alhamdulillah aku survive.

Alright, ADFP ni program dia banyak kena buat assignments and group works lebih-lebih lagi untuk semester pertama yang dikenali sebagai FALL Semester. Grading dia sangatlah tinggi dan mampu membuat kita semua terpungek tapi untuk sesiapa yang ada basic English yang kuat, korg ada advantage berada dalam program ni. Apa yang menyebabkan grading makin susah adalah kerana assignment yang diberi sangat subjective dan perlukan evaluation lecturers. Maka, if lecturer tu suka apa kau buat oklah tapi kalau dapat lecturer yang susah untuk impress dengan hasil kerja kita, then sakitnya tu di sini. Untuk ke US, semua pelajar akan kena ambil exam tambahan iaitu SAT dan TOEFL. Setiap minggu akan ada word list practice untuk SAT dan bila mana aku rasa macam dunia gelap aku akan tengok budak program ke Jepun or Korea sebab aku belajar English je dorg lagilah belajar bahasa baru, so dunia terang balik dan tak jadi nak give up. Bagusnya program ni, memang English kau akan improve by leaps and bounce dan kau akan belajar macam-macam benda baru yang pastinya akan bagi otak mengembang. Sebelum nak fly, memang macam-macam procedures kau kena go through macam buat personal statement, uni essays dan etc. Memang leceh gila tapi orang-orang yang dah fly tu, benda sama jugak dorg buat dulu, so mana ada kerja senang kan?

Lecturers dekat INTEC semuanya memang speaking English berhabuk, even lecturer yang ajar Maths. Aku pun teringin gak nak speaking English flawlessly tapi tak berjaya lagi. Hahaha. Dari segi kemudahan asrama, INTEC ni asrama dia, agak lama (kediaman Akasia especially). Ada anai-anai, ada lipas dan kadang-kala air kena tutup lepas pukul 12-5.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, lepas dah biasa duduk sini okay je, takdelah teruk mana sebab sekurang-kurangnya ada tempat berteduh. Next, peraturan kediaman INTEC agak strict macam tak boleh bawak stove, curfew befor 11.30 malam dan lain-lain. Tapi okay je sebab kat situ memang nak belajar en. Kalau tentang location pulak, sekitar kediaman Akasia tu banyak kedai makan and supermarket; Giant and Mydin. Kalau ada kereta nak gerak jauh pun seronok sebab Shah Alam banyak kedai makan yang boleh dipusing. Cumanya, kalau pelajar lelaki ada yang ditempatkan dekat kediaman Cendana, tu macam sengsara sikit sebab tak banyak kedai. Lepas tu, untuk makluman semua, tempat belajar dan kediaman lain tau dekat INTEC ni. So, bila nak pergi kelas kena naik bas dan dah pun disediakan.

ADFP ni setahun dan kalau lepas semua requirements JPA bolehlah fly ke US tahun seterusnya sebagai Fresman. Namun begitu, kalau taknak fly awal dan nak duduk Malaysia lama, korang akan masuk program ACTP (American Credit Transfer Program) dan buat first year degree dekat INTEC seterusnya fly ke US sebagai transfer student. So di sini, aku sertakan jugak grading INTEC untuk tatapan semua.



Konklusi
Akhirul kalam, belajarlah ke mana-mana sebab yang menentukan kejayaan seseorang tu usaha sendiri. Pesanan aku, masa menganggur ni isilah dengan benda faedah dengan tambah skill ke apa ke sebab minggu pertama dalam kelas (cam program aku) lecturers akan suruh kenalkan diri dan bagitahu apa yang korang boleh buat. Dalam kelas aku, ada yang boleh buat magic, tulis poem, pandai main ping pong, so korang carilah benda yang boleh tambah skill macam baking ke, cooking ke, gardening ke, belajar buat video ke, apa-apalah. Dan jangan lupa apa yang dah belajar cam add maths ke sebab nanti otak berkarat nak proses lambat. Elok jugak if banyak baca English materials or tengok video English mcm Ted Talks tu ke sebab nak improve English tu bukan boleh dalam sebulan. Aku menyesal ni tak start awal, hahaha. Last but not least, kalau ada sesiapa dapat offer program ADFP jangan segan nak roger aku! Batch aku ada lagi 2 org, Samurian yang ADFP jugak. Doa-doakan kejayaan aku jugak ye semua, sebab aku belum fly lagi ni! Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Kalau ada apa-apa persoalan pasal macam mana interview or apa pun, feel free to ask and contact!

Sekian, adios.

Nur Aisyah binti Noordin, B31
FB: Aisyah Noordin

Email: aisyahnoordin@gmail.com

Comments

  1. haii kak aisyah . nak tanya kalau nak masuk program A-level dekat intec kena mohon atau dapat tawaran ? haii saya batch32 samuraa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii, kalau nak masuk A-Level kat intec kena mohon(daftar kat Intec je) tp tu kalau nak bayar sendiri.. Tp kalau nak sponsorship kena tunggu tawaran sponsor nak hantar gi mana lah 😁 All the best result lg bbrp hari! 😉

      Delete
  2. Mcm mana akak dpt scholar Jpa-mara even akak dah dpt biasiswa ytn tu. Bukan ke syarat jpa mara salah satu nye tiada mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana mana agensi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasiswa YTN tu dapat guna results trial. Dan biasiswa JPA-MARA guna results SPM. Plus, masa apply JPA-MARA dia takde tanya sama ada dah ada sponsor atau tak. Cumanya, bila dah dapat both kena decide nak mana dan let go. Utk let go biasiswa yg dah kita terima, ada lah sikit bayaran dikenakan. :)

      Delete
  3. Mcm mana akak dpt scholar Jpa-mara even akak dah dpt biasiswa ytn tu. Bukan ke syarat jpa mara salah satu nye tiada mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana mana agensi ?

    ReplyDelete
  4. hello! act i wanna ask about calculus syllabus.im planning to learn calculus (1&2) before i enter intec in July.is the syllabus is same at khan academy?or what are the syllabus and is it hard? bcs im not good at math which is the main reason why i wanna learn calculus in advance. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/