Life as a UEM scholar

Friday, April 29, 2016

UEM Local Scholarship

Biasiswa ini ditawarkan kepada penuntut lepasan matrikulasi, STPM, asasi dan yang sewaktu

dengannya yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti awam dan swasta tempatan dengan

syarat sekurang-kurangnya CGPA 3.5. Pengkhususan biasiswa ini adalah kepada bidang

pengurusan, kejuruteraan, dan pembinaan. Untuk pengetahuan semua, UEM merupakan syarikat

GLC dan mempunyai beberapa anak syarikat seperti UEM Sunrise, UEM Builders, PLUS,

Edgenta, CIMA, Propel. Syarat untuk anda kekal bersama biasiswa ini adalah memastikan

keputusan peperiksaan semester sentiasa di atas 3.30.


Apa yang menarik tentang biasiswa ini?

Biasiswa ini bukan setakat memberikan bantuan kewangan yang InsyaAllah cukup untuk makan

dengan kenyang di universiti, malah anda turut akan diberikan Laptop secara percuma serta yang

paling penting ada Development Training maksudnya anda semua akan sering diberikan kursus

untuk meningkatkan kemahiran dan jati diri di samping di setiap sidang pengajian akan ada sesi

kaunseling bagi memastikan prestasi anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik

Temuduga

Pada zaman penulis, temuduga yang dihadapi ada dua sesi, iaitu yang pertama adalah menulis

esei mengenai isu yang diberikan sebanyak dua muka surat dalam masa 20 minit dalam Bahasa

Inggeris dan seterusnya yang kedua adalah temuduga bersama panel. Persediaan yang perlu

dilakukan? Paling penting adalah Communication Skill dan Confidence level dan mesti cakna

dengan isu semasa. Anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan soalan yang bakal ditanya.

Datanglah dengan adab dan tertib. Kalau boleh khatam habis tentang syarikat UEM dan tentang

isu serta pengetahuan am Malaysia dan dunia. Biasanya temuduga ini dijalankan mengikut

kawasan.

Prospek

Anda berpeluang untuk melakukan latihan industri bersama syarikat ini dan selepas tamat

pengajian, anda wajib untuk berkhidmat bersama syarikat ini selama 3 tahun. Ini satu peluang

yang baik melihat kepada bagaimana statistik mencatatkan 200,000 graduan menganggur dan

peluang pekerjaan ini sesuatu yang perlu anda semua rebut. Selain itu, selepas anda bekerja

bersama UEM, anda akan terus diberikan latihan untuk meningkatkan skil anda serta mereka

akan membantu bagi mendapatkan sijil professional bagi bidang yang anda ceburi.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe