UNIVERSITY KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE

Thursday, April 07, 2016

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera semua

Mana eh nak sambung degree selepas UiTM ni ? Jom jom kita usha cerita ni . Yang baik kita jadikan ikutan , yang buruk jadi pengajaran. J

Kenapa saya memilih IPTS ? Kenapa tidak memilih IPTA ? Ya , itu la pelbagai soalan yang hangat lagi mendebarkan tatkala ditanya. Demi menjawab persoalan yang sering dikemukakan, saya akan cuba mengupas persoalan yang ditimbulkan.

Pada mulanya , saya amat runsing untuk memilih jalan ke degree . IPTA ke IPTS ?

Masuk IPTS nanti orang label tidak pandai ,
masuk IPTA bebang hutang PTPTN ,
pelbagai spekulasi dalam akal fikiran.

Akhirnya , saya telah membuat keputusan memilih IPTA dalam bidang Medical Imaging UiTM untuk pilihan pertama UPU , manakala saya memilih Unikl sebagai langkah kedua untuk berjaga-jaga, yakni Medical Electronics Engineering Technology sebagai pilihan pertama.

UNIKL KE UPU ??????????

Maka saya pun memulakan pencarian maklumat tentang Unikl kerana sewaktu di SAMURA, saya kurang didedahkan tentang Unikl.
Alhamdulillah saya mendapat tempat di UiTM Shah Alam bidang Sains Aktuari tetapi saya lebih suka dengan bidang yang ditawarkan di Unikl. Dengan adanya beberapa penasihat daripada pelajar pelajar Unikl sendiri, saya pun memulakan langkah memilih Unikl.
KELEBIHAN UNIKL

  • Fully owned by MARA (senang buat pinjaman pelajaran MARA , elaun max RM700 sebulan)
  • CGPA 3.75 above boleh fly under kampus unikl
  • Senang buat pinjaman perniagaan dari MARA
  • Unikl banyak berkoleberasi dengan syarikat-syarikat swasta terkemuka 
  • MARA menawarkan potongan pembayaran pinjaman mengikut keputusan
  • Terdapat satu kelab, iaitu SEA CLUB, Student Entrepreneur Association Club yang direct mendapat dana daripada MARA
  • Banyak aktiviti keusahawanan yang diadakan dengan tajaan MARA
  • Equipment untuk bidang engineering lebih canggih 
  • Dilatih mengikut piawaian industri
  • Sangat selesa krn kapasiti pengambilan pelajar tidak seramai U lain


PERBELANJAAN
Makanan dengan minuman di sini sangatlah berpatutan . Harganya tidaklah seperti food court di mall yang terkemuka. Selalunya makanan, nasi berlauk dan air almost RM 6.00 .  Kadang-kadang dapat RM 5.00. Pemilik gerai juga ada yang dalam kalangan pelajar sendiri. So, takdela mahal mana. Belakang bangunan asrama juga terdapat restoran yang harganya jauh lagi murah dan sedap. Banyak lak tu ! Lebih dari 4 buah restoran. Macam macam ada . Ada makanan Thai, makanan Barat, makanan kampung dan macam macam lagi. Kalau kempunan senang je nak merayap. J

PENGANGKUTAN 
Pengangkutan di sini pun tidaklah sesusah mana. Senang nak berjalan. Dah memang dekat dengan KLCC. Kalau nak naik bas pun boleh, LRT, KTM, teksi dan prebet. Kalau nak naik bas, boleh tunggu dalam UIA, bas akan menghala ke LRT Gombak. Kalau teksi, boleh terus call.

PERSEKITARAN
Untuk makluman semua, BMI ini salah satu UNIKL yang agak islamik. Tak boleh memakai jeans ke tempat yang dilarang. Contohnya, kelas. Tampak kemas ! Wajib berkolar bagi lelaki. Kalau didapati melanggar sebarang peraturan, hehe kena tegur dan marah terus tau. No kompromi J Bagus kan ? Bukan setakat menanam tebu di bibir. Masa orientasi, lepas solat subuh jemaah, bukan ada peluang nak tidur masa dengar ceramah, kena tadarus, semak bacaan, tajwid. Bila lagi kan? Kita nak praktis baca quran dengan lancar.

PEMBELAJARAN
Course saya gabungan Medical + Engineering. Belajar mengenai Electronics, Electric ( Circuit Theory ), Human Physiology, Medical Laser, Medical Physics, Entrepreneur , Programming , Microprocessor , dan macam macam lagi . Course saya 60 % Technology , 40 % Theory . For me , bidang engineering technology ada jugak kesukaran . Macam course sains dengan arts . Ada bezanya. Bezanya bila bab hands on , sebenarnya agak susah bila melibatkan projek .


PROJEK / EXPERIMENT / LAB REPORT = BOLEH MENGIKUT KEPUASAN LECTURER ATAS KERJA KITA .


Okayy , sekian itu sahaja celoteh hari ini . Apa apa pun good luck for a bright future . Anything boleh dm instagram / twitter / fb .

Author by  :  Taj Mahal binti Hashim
Twitter and Instagram :  tajmahalhshm
Facebook : Taj Mahal Hashim


You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau pointer di matrik 2.8 boleh tk smbung cos ni di unikl???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Kena work harder sbb kalau apply mara. Tu pinjaman boleh ubah

      Delete

Subscribe