Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hai! Aku Amir Khalis, jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Alor Gajah. Secara jujur aku tak tahu samada nak menulis entri mengenai jurusan aku atau tidak sebab aku tahu minda sterotaip aku mengatakan korang lebih meminati medik, kejuruteraan dan law. "Apa itu Masscomm bro?" Masscomm atau Komunikasi Massa adalah kajian bagaimana individu atau entiti menyampaikan maklumat melalui media massa untuk segmen penduduk besar pada masa yang sama. Kebiasaannya dikaitkan dengan surat khabar, majalah, penerbitan buku, radio, televisyen dan filem, sebagai medium untuk menyebarkan maklumat dan pengiklanan.