Assalamualaikum guys! Pening kepala fikir pasal future ke? Haha dont worry lah choose the best kay! Ana dari batch 31 SAMURA dan currently di Universiti Al-Azhar,Kaherah.dalam bidang pergigian. Kenapa pergigian , hm tah lah tapi ana mmg suka gosok gigi.
Ni nak cerita sikit kpd sesiapa yg nak jadi doctor/dentist/pharmacist. Utk ke timur tengah ni, ada dua cara biasanya which are melalui kpt (kementerian pendidikan tinggi atau dulu kpt gabung dgn kpm) dan under agent. Ana under kpt dan ana taknak ulas panjang pasal agent agent ni. Tapi sejujurnya kalau taknak ambil risiko dan nak rasa terjamin sikit, try apply dekat kpt.
Lepas result spm keluar biasanya kpt (dulu kpm) akan buka permohonan pelajar utk ke timur tengah iaitu ke mesir jordan dan morocco. Morocco cuma utk pengajian islam je n kelayakan mesti ada subjek subjek agama for spm. Utk mesir dan jordan ada sains kesihatan dan pengajian islam. Kalau under kpt ni ada lah dia punya requirements. Utk sains kesihatan (medic/dentist/pharm) , kalau jordan perlu straight a's tapi mesir spm perlu at least 7A. And korang kena rajin check website kpt (website kpm pun ada je rasanya) sbb proses dia agak panjang. And result nak tau fly ke tak tu biasanya bulan 9 baru keluar dan jgn terkejut kalau korang kena fly seminggu slps result tu haha tapi biasanya ramai je yg dpt sbb program under kpt mmg tak ada iv ke assessment ke atau yg sewaktu dgnnya . Hanya result spm dan proses apply yg agak perlu kesana kemari tu, n of course doa .
Kebanyakan negeri mcm kelantan perak kedah dan beberapa lagi ana tak sure , yayasan negeri akan tolong settle kan pengurusan pelajar spt flight dan penempatan. Im not sure mcm mana sbb ana selangor. And yayasan selangor mmg tak campur tgn. So pandai pandai hidup lah dik kat tmpt org ni. Flight, rumah semua cari sendiri. Tapi jgn risau. Persatuan-persatuan pelajar di mesir mmg superb! Keselamatan dan kebajikan sgt diutamakan.
Under kpt mmg tak ada biasiswa atau pinjaman. Tapi!! Zakat negeri masing2 ada jgn risau. Kalau zakat selangor dlm rm6000 setahun. Ni bukan pinjaman tapi dermasiswa (kalau tak silap ana tu istilah yg digunakan). Utk tahun tahun berikut di mesir ni boleh apply pinjaman jpa atau mara. Pasal houseman apa semua jgn risau. Insha allah ada tempat di malaysia nanti. Ramai org ckp 'kaya boleh lah tak dpt mana mana tajaan' . Tak tak. Rezeki kat mana mana ada, usaha tu penting. Ana bukan lah org berada mana , tapi insha allah kalau allah kata ada, ada lah jalannya tu.
Orang cakap zaman u ni lah kita nak bentuk masa depan ye tak. So bagi sesiapa yg selalu hilang focus dan lagha mcm ana ni mari lah ke sini kita kutip ilmu-ilmu di bumi para anbiya ni. Di mesir, uni al-azhar je yg ada subjek agama spt al-quran,bahasa arab, hadis ,tauhid dll. Dpt juga belajar bahasa nabi kita kan. Subjek quran wajib ada setiap tahun. 1 tahun 1 juzuk. So kalau dentistry 5 tahun dlm 5 juzuk insha allah. Medic 6 tahun setengah. Tapi ramai je student ambil kelas quran luar utk hafaz 30 juzuk.
Mesir bukanlah tempat utk org berkopiah dan tudung labuh je. Ana pun tak pernah terfikir nak ke sini. Ana perangai agak setan juga huhuu tapi itu lah tuhan plan mcm2 yg best dah utk kita. Belajar kat mana mana pun yg penting niat lillahitaala. So, semoga kalian berjaya buat pilihan dan mengejar cita cita baling topi ke langit masa convo nanti! Hrp juga lah krgn 6 perenggan ana ni membantu enta enta dan enti enti di luar sana yg nak jadi doctor. Kot lah en nak tanya ke nak ajak sembang mkn biskut cicah teh tarik ke nak ajak dtg raya rumah ke contact lah ana. Tadahal punya lah . okay good luck gaisss ! Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
ameerayazed97@gmail.com
twitter : @ameeranajihah
Salam, nak tanya. Yang minimum 7A's untuk ke mesir tu, kelayakan waktu spm ke? Ini kan program degree jadi akak ambil program apa sebelum tu? A level ke stpm ke foundation ke apa?
ReplyDelete