Intro
Pening nak sambung mana? Jangan
pening-pening sebab future is unpredictable. The important things to do are
basically get good results and doa’ sebab benda-benda tu yang akan memudahkan
perjalanan. Sebabnya, even aku sendiri tak pernah terfikir yang aku akan berada
dekat mana aku sekarang. Anyway, college life dengan school life sangatlah
berbeza. First class aku dekat uni, lecturer aku cakap ; “Kalau dulu kat
sekolah awak selalu kene tepati masa, sekarang kat uni dah takde benda tu sebab
awak kena urus masa sendiri.” Reaitinya macam tulah, sebab kita free untuk buat
apa yang kita suka (untuk tempat belajar aku lah) so sendiri mahu tahu. Ok.
Cukup intro, dah macam orang tua pulak rasa bebel banyak.
First-UNITEN (Foundation in Engineering)
Kenapa first? Baca sampai habis. UNITEN
(Universiti Tenaga Nasional) ada dua kampus. Bagi engineering and IT courses
kampus terletak dekat area Putrajaya-Bangi -Kajang iaitu main campus. Manakala,
bagi finance,accounting dan business kampus terletak di Muadzam Shah, Pahang
serta nama glamournya UNITEN Kshas. Dalam post ni, aku akan bercerita tentang
main campus sebab aku budak engineering. Basically main campus UNITEN ni sangatlah
strategik. Nak bergerak ada KTM Serdang paling mudah, kaki gatal nak jalan
boleh pergi IOI kat sebelah tu je dan kiranya package cukup. Jadinya, kenalah
pandai control nak berjalan tu! Haha.
Seterusnya, UNITEN ni universiti swasta,
maknanya yuran semua kena payung sendiri. Akan tetapi, TNB (syarikat elektrik
tu) ada jugak tawarkan biasiswa dan Alhamdulillah aku berjaya dapat. Untuk
pengetahuan semua, tahun 2014, TNB ada tawarkan biasiswa dua kali, satu guna
result trial SPM untuk SBP & MRSM dan lagi satu guna result SPM yang
terbuka untuk sesiapa pun. Bagi kes aku, aku guna result trial dan interview
diadakan dalam bulan awal Januari dan result keputusan interview dapat dalam
bulan March lepas result SPM dan seminggu seterusnya terus kena lapor diri ke
UNITEN. Kiranya, aku masuk uni awal sikit dari yang lain iaitu bulan 3. Urusan
biasiswa ni diuruskan oleh YTN (Yayasan Tenaga Nasional) dan elaun yang
ditawarkan agak lumayan. Bagi foundation sebulan RM 500, yuran & penginapan
ditanggung beres serta ada elaun buku & alat tulis dalam RM 600 untuk
setahun. Untuk makluman semua, elaun yang YTN bagi adalah antara paling tinggi
dan of course lagi tinggi dari elaun JPA. Selain itu, scholar YTN akan ditaja
terus untuk degree di UNITEN serta scholar akan ada bond kerja dengan TNB
selama 7 tahun selepas graduate. Asrama dekat sini, macam biasa je dan okay-okay
je. Ada living room dan boleh bawak electric stove and etc, kiranya cam rumah
sendiri lah. The best part ialah scholar tak perlu pergi orientasi and dekat
sini korang takkan pernah dengar perkataan senior or junior sebab semua orang
jaga tepi kain masing-masing.
Dari segi belajar, semester kat UNITEN ni
agak pelik sebab bila university awam lain cuti pelajar UNITEN tak cuti dan
vice versa. Dekat UNITEN ni ade diploma dan foundation. Scholars akan masuk
program foundation selama setahun yang macam aku punya dikenali sebagai
Foundation in Engineering. Belajar kat sini agak cepat sebab tiba-tiba kau akan
belajar Calcalus tanpa ada basic iaitu Pre-Calculus. Mula-mula tu cam kelam
kabut sikit lah sebab tak tahu apa benda lah lecturer ajar, tapi if banyak buat
latihan dan biasakan buat past year and exercises lecturer bagi boleh je score,
iAllah. Selain itu, I found it interesting dekat UNITEN ni sebab dekan kitorg
sangat tekankan CSR (corporate social responsibility) yang bermaksud cam buat
charity works, cari fund, organise events and etc yang aku rasa cam banyak
benda boleh belajar daripada buat tu.
Finally, aku dapat habiskan first sem je
dekat sini sebab aku buat keputusan untuk terima tawaran JPA. Overall, if dapat
scholarship YTN untuk UNITEN, it is something that you guys need to ponder and
decide lah sebab UNITEN is quite a good place to study.
Second-INTEC (ADFP, Engineering)
Now, let’s move on to INTEC. INTEC ni
terletak di Shah Alam and INTEC is a semi-private college sebab belum fully
private lagi. Dekat INTEC ada banyak program lain, macam A-Level, SACE and etc
tapi the one I am going to talk about adalah ADFP (American Degree Foundation
Programme) yang merupakan preparation untuk budak-budak yang nak fly ke
America. So, basically I am under JPA (elaun RM 430/month), nama biasiswa
JPA-MARA dan untuk makluman aku rasa batch aku under JPA-MARA, JPA banyak
hantar pelajar untuk further in Science. So bila apply, korg kena lah
fikir-fikirkan option itu sebab peluang untuk ke overseas under choice tu macam
lagi mudah dan banyak. TAPI, ini adalah berdasarkan pandangan dan observation
aku semata, OK? INTEC ni ada kena
mengene dgn UITM, so orientasi INTEC dalam seminggu dan jujurnya, aku sangat
tak suka orientasinya bertambah lagi masa tu time puasa. Memang minggu pertama
tu rasa menyesal pun ada jugak tapi Alhamdulillah aku survive.
Alright, ADFP ni program dia banyak kena
buat assignments and group works lebih-lebih lagi untuk semester pertama yang
dikenali sebagai FALL Semester. Grading dia sangatlah tinggi dan mampu membuat
kita semua terpungek tapi untuk sesiapa yang ada basic English yang kuat, korg
ada advantage berada dalam program ni. Apa yang menyebabkan grading makin susah
adalah kerana assignment yang diberi sangat subjective dan perlukan evaluation
lecturers. Maka, if lecturer tu suka apa kau buat oklah tapi kalau dapat
lecturer yang susah untuk impress dengan hasil kerja kita, then sakitnya tu di
sini. Untuk ke US, semua pelajar akan kena ambil exam tambahan iaitu SAT dan
TOEFL. Setiap minggu akan ada word list practice untuk SAT dan bila mana aku
rasa macam dunia gelap aku akan tengok budak program ke Jepun or Korea sebab
aku belajar English je dorg lagilah belajar bahasa baru, so dunia terang balik
dan tak jadi nak give up. Bagusnya program ni, memang English kau akan improve
by leaps and bounce dan kau akan belajar macam-macam benda baru yang pastinya
akan bagi otak mengembang. Sebelum nak fly, memang macam-macam procedures kau
kena go through macam buat personal statement, uni essays dan etc. Memang leceh
gila tapi orang-orang yang dah fly tu, benda sama jugak dorg buat dulu, so mana
ada kerja senang kan?
Lecturers dekat INTEC semuanya memang
speaking English berhabuk, even lecturer yang ajar Maths. Aku pun teringin gak nak
speaking English flawlessly tapi tak berjaya lagi. Hahaha. Dari segi kemudahan
asrama, INTEC ni asrama dia, agak lama (kediaman Akasia especially). Ada
anai-anai, ada lipas dan kadang-kala air kena tutup lepas pukul 12-5.30 pagi.
Tapi Alhamdulillah, lepas dah biasa duduk sini okay je, takdelah teruk mana
sebab sekurang-kurangnya ada tempat berteduh. Next, peraturan kediaman INTEC
agak strict macam tak boleh bawak stove, curfew befor 11.30 malam dan
lain-lain. Tapi okay je sebab kat situ memang nak belajar en. Kalau tentang
location pulak, sekitar kediaman Akasia tu banyak kedai makan and supermarket;
Giant and Mydin. Kalau ada kereta nak gerak jauh pun seronok sebab Shah Alam
banyak kedai makan yang boleh dipusing. Cumanya, kalau pelajar lelaki ada yang
ditempatkan dekat kediaman Cendana, tu macam sengsara sikit sebab tak banyak
kedai. Lepas tu, untuk makluman semua, tempat belajar dan kediaman lain tau
dekat INTEC ni. So, bila nak pergi kelas kena naik bas dan dah pun disediakan.
ADFP ni setahun dan kalau lepas semua
requirements JPA bolehlah fly ke US tahun seterusnya sebagai Fresman. Namun
begitu, kalau taknak fly awal dan nak duduk Malaysia lama, korang akan masuk
program ACTP (American Credit Transfer Program) dan buat first year degree
dekat INTEC seterusnya fly ke US sebagai transfer student. So di sini, aku
sertakan jugak grading INTEC untuk tatapan semua.
Konklusi
Akhirul kalam, belajarlah ke mana-mana
sebab yang menentukan kejayaan seseorang tu usaha sendiri. Pesanan aku, masa
menganggur ni isilah dengan benda faedah dengan tambah skill ke apa ke sebab
minggu pertama dalam kelas (cam program aku) lecturers akan suruh kenalkan diri
dan bagitahu apa yang korang boleh buat. Dalam kelas aku, ada yang boleh buat
magic, tulis poem, pandai main ping pong, so korang carilah benda yang boleh
tambah skill macam baking ke, cooking ke, gardening ke, belajar buat video ke,
apa-apalah. Dan jangan lupa apa yang dah belajar cam add maths ke sebab nanti
otak berkarat nak proses lambat. Elok jugak if banyak baca English materials or
tengok video English mcm Ted Talks tu ke sebab nak improve English tu bukan
boleh dalam sebulan. Aku menyesal ni tak start awal, hahaha. Last but not
least, kalau ada sesiapa dapat offer program ADFP jangan segan nak roger aku!
Batch aku ada lagi 2 org, Samurian yang ADFP jugak. Doa-doakan kejayaan aku jugak
ye semua, sebab aku belum fly lagi ni! Moga Allah permudahkan urusan kita
semua. Kalau ada apa-apa persoalan pasal macam mana interview or apa pun, feel
free to ask and contact!
Sekian, adios.
Nur Aisyah binti Noordin, B31
FB: Aisyah Noordin
Email: aisyahnoordin@gmail.com
haii kak aisyah . nak tanya kalau nak masuk program A-level dekat intec kena mohon atau dapat tawaran ? haii saya batch32 samuraa
ReplyDeleteHii, kalau nak masuk A-Level kat intec kena mohon(daftar kat Intec je) tp tu kalau nak bayar sendiri.. Tp kalau nak sponsorship kena tunggu tawaran sponsor nak hantar gi mana lah 😁 All the best result lg bbrp hari! 😉
DeleteMcm mana akak dpt scholar Jpa-mara even akak dah dpt biasiswa ytn tu. Bukan ke syarat jpa mara salah satu nye tiada mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana mana agensi ?
ReplyDeleteBiasiswa YTN tu dapat guna results trial. Dan biasiswa JPA-MARA guna results SPM. Plus, masa apply JPA-MARA dia takde tanya sama ada dah ada sponsor atau tak. Cumanya, bila dah dapat both kena decide nak mana dan let go. Utk let go biasiswa yg dah kita terima, ada lah sikit bayaran dikenakan. :)
DeleteMcm mana akak dpt scholar Jpa-mara even akak dah dpt biasiswa ytn tu. Bukan ke syarat jpa mara salah satu nye tiada mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana mana agensi ?
ReplyDeletehello! act i wanna ask about calculus syllabus.im planning to learn calculus (1&2) before i enter intec in July.is the syllabus is same at khan academy?or what are the syllabus and is it hard? bcs im not good at math which is the main reason why i wanna learn calculus in advance. :D
ReplyDelete