Skip to main content

Canadian Pre-University (CPU) @IIC

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ramai yang tidak mengetahui tentang program CPU ni dan hanya ditawarkan di beberapa kolej swasta sahaja di Malaysia. Saya sendiri pun tidak pernah mengetahui tentang program ni sehinggalah di tawarkan biasiswa MARA Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi lepasan spm 2013.


Pertama sekali jika adik-adik berminat dengan program ni atau ditawarkan biasiswa untuk program ni sebagai program persediaan ke luar negara, program ni adalah 'assignment based programme' dimana peratusan point adalah 70% assignment dan hanya 30% final exam.

70% assignment adalah merangkumi kuiz, module test, module assessment, assignmeny bertulis dan Independence Study Unit @ ISU (projek akhir).

Setiap subjek yang ditawarkan merangkumi 5 module dan setiap module ada test. Semua assignment pula mestilah dihantar ke Kanada dan di periksa oleh guru bertauliah. Pensyarah di Malaysia adalah fasilitator untuk membantu pelajar manakala kesemua penilaian dan exam akan ditanda oleh guru- guru di Kanada.
Bagi saya yang ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di India, kolej menetapkan saya untuk hanya mengambil 3 subjek utama iaitu Biologi grade 12, Physics Grade 12 dan Chemistry Grade 12. Kolej juga menyediakan kelas IELTS untuk pelajar-pelajar tajaan.



Pelajar akan mengambil final exam selepas menghantar kesemua assignment dan projek akhir.
Pelajar yang mendapat point 80 dan keatas dalam apa-apa subjek untuk midterm dan final mark, akan dianugerahkan honour roll oleh pihak dari Kanada. Untuk pengetahuan semua, segala aktiviti pembelajaran adalah secara online dan kami dapat berhubung terus dengan guru-guru di Kanada melalui email dan Skype.
Selepas tamat program CPU, pelajar akan di anugerahkan OSSD iaitu Ottawa Secondary School Diploma dari kementerian di Kanada yang melayakkan pelajar memohon di kebanyakkan universiti luar negara.
Tempoh pengajian CPU di kolej ni adalah setahun dan ada 3 semester.

Program CPU di Innovative International College ni amat fleksibel dan pensyarah2 sentiasa membantu pelajar dalam memahami silibus kanada yang agak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan silibus di Malaysia. Asrama adalah off campus di mana bas akan mengambil pelajar dari hostel ke kolej.
Semoga perkongsian ini berguna buat adik-adik lepasan spm. 


Mohamad Qulam Zaki Bin Mohamad Rasidi
E-mail: zaki.qulam24@gmail.com
FB: qulam.zaki.al.farisi
CPU Dentistry India - MARA
IIC Innovative International College.

Comments

  1. what are other courses being offered here ? and hopefully you could give me a suggestion regarding to what i should take afteerwards with my SPM result 7As 2Bs and the BS is bio and phy . thanks

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/

Program Matrikulasi (sains) @ Kolej Matrikulasi Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terima kasih kpd kwn2 se-batch sebab mintak aku menulis serba sedikit tntng matrik berdasarkan pengalaman aku bljr sini. Fyi, sekarang ni aku study di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh). firstly, yg perlu korg tau, kat luar sana banyak persepsi yg tak munasabah pasal matrik. nanti mesti korg akan dgr ade org cakap matrik ni susah, matrik susah nak sambung IPTA, competition tinggi, takde mase nak release tension. em, aku tak boleh nak kate bende tu betul atau salah, sebab semua tu bergantung pada pelajar tu sendiri. Tmpt lain pun lebih kurang jugak usaha dpt, mls hanyut. Ade juga yg merendahkan rendahkan status matrik, tak berasas. aku pun mula2 sendiri pun takut mase nak daftar ke matrik ni. haha. tp dah lame2 rase senang je hidup kat matrik, lg pun subjek sikit. Setakat ni aku tak nampak org yg berusaha(bukan yg rase diri die dah cukup usaha) tak dpt keputusan yg baik kat sini.