Skip to main content

Asasi Sains UNIMAS

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Saya merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Muar batch 30 dan sedang menuntut di asasi sains hayat pra Universiti Malaysia Sarawak (batch5). Bila dengar perkataan Sarawak mesti terbayang rumah panjang, jauh dari rumah beribu ribu batu merentasi Laut Cina Selatan, kena melintasi sungai naik bot, duduk atas pokok, tak pakai baju kan? Mari ubah perspektif. Sebenarnya UNIMAS ni dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan segala kemudahan. Pusat pra u UNIMAS terletak di kampus timur yang tersangatlah dekat dengan SUMMER MALL. Jalan kaki gitu. Ibarat dari dorm nak ke al ikhsan tu mungkin. So selalulah kita ke mall menonton wayang berjalan kaki . Okay yang penting banyak kemudahan di sekeliling pusat asasi. Dah berjaya ubah perspektif ?




Ingin mengambil asasi tetapi tidak straight A?
Pusat pra universiti UNIMAS menawarkan kursus sains hayat dan fizikal. Kelayakan kemasukan berdasarkan syarat yang diletakkan di laman UPU. Apa yang istimewa bagi yang belajar di asasi unimas, mereka sudah ada tempat di degree unimas dengan kata erti lain tidak perlu mohon UPU selepas asasi. Dengan kata erti lain lagi pelajar tidak akan menyambung dengan mana2 IPTA lain semasa degree. Macam UIA juga la lebih kurang .

Bagi sains hayat, subjek yang dipelajari ialah english, biology, kimia, information and technology (IT) dan mathematics. Biology, chemistry dan mathematics masa semester 1 lebih kurang macam spm. Siapa ada basic kukuh masa spm for sure senang. Semester 2 banyak benda baru so memang kena fokus dan rajin.Paper biology tersangatlah mencabar ye tak sebab kena tulis essay. Kat sekolah senang sebab kadang-kadang ada spot hehe.

Lepas asasi sains hayat nak sambung degree apa?

Terdapat dua fakulti iaitu
1. Fakulti perubatan dan sains kesihatan
Kursus yang ditawarkan ialah perubatan atau kejururawaran (SAHAJA) . Tiada pergigian atau farmasi atau lain lain
2. Fakulti sains dan teknologi sumber
Kursus yang ditawarkan ialah bioteknologi, kimia sumber, zoologi, kajian tumbuhan dan untuk kepastian rujuk laman web UNIMAS.

Baiklah untuk asasi fizikal pula tiada subjek biologi dan hanya ada subjek english , fizik, kimia , information and technology (IT) dan mathematics Selalunya pelajar fizikal akan menyambung dalam bidang civil engineering, software engineering, mechanical engineering, chemical engineering dll (rujuk website unimas) semasa ijazah di unimas. Kursus ijazah yang di tawarkan semasa ijazah bergantung kepada pointer anda semasa asasi (ehem). Kalau nak  chemical engineering takkan la belajar main2 masa asasi ye dak.

Sepanjang asasi ada aktiviti tambahan untuk seperti ko-k , communication skills, nilai sejagat dan lain-lain. Bagi mereka yang daripada sekolah berasrama sudah tentu alah bisa tegal biasa dengan event2 semua ni dan dapat bahagiakan masa bila nak belajar, bila nak beri komitmen kepada aktiviti2 yang dianjurkan.Seronok sebenarnya dapat kenal budaya orang luar.

Semasa batch 5, waktu lecture hanya sampai pukul 12.30 tengah hari. Selalunya petang hanya ada buat eksperiment di lab atau FREE TIME UNTUK TIDUR.  Kalau ada lecture pun, hanya satu jam . Itu pun subjek communication skills dengan nilai2 sejagat. Hari rabu perjumpaan ko-k pada waktu petang bukan subjek yang berat2. Jadi, tiada alasan untuk tidak cukup masa untuk belajar, buat tutorial, assignment dan rehat .  Apa yang penting pengurusan masa diri sendiri.

Disarankan agar untuk memilih asasi fizikal berbanding hayat.
Mengapa?
Sebab  banyak pilihan semasa degree. Selalunya ramai pilih asasi hayat kerana dengan satu nawaitu yang jitu iaitu untuk menjadi doktor. Tetapi kita kena ingat. Kouta untuk bidang perubatan tersangatlah terhad dan kena lepas temuduga. Unimas tidak menawarkan farmasi, doktor pergigian, biomedical sebagai backup plan. Cuma ada doktor perubatan dan kejururawatan sahaja. Sijil asasi unimas hanya available di unimas. Kita bukan dari matrikulasi, pasum, palam yang boleh mohon UPU untuk masuk di Universiti lain semasa degree. Jika anda memang benar-benar ingin jadi doktor, ambillah sains hayat dan fight for it. Sebelum ambil asasi sains hayat, make a research boleh atau tidak anda bawa subjek biology dan untuk asasi fizikal. Ada ja yang tak boleh bawak tapi terpaksa teruskan sebab no turning back. So result tak berapa nak cun la.

Pensyarah di sini tersangatlah baik , muda, kacak, lawa dan aktif di laman sosial. Beware guys. Haha. Oh ya mengenai bahasa. Its okay seminggu dua rasa tak faham apa orang tempatan cakap. Yalah sebab kita dari semenanjung kan. Cuba untuk bergaul dengan mereka. Saya dalam minggu ketiga boleh adapt dengan mereka dan mula bercakap sarawak sikit sikit
"Kamek boleh klaka sawak"
UNIMAS tersangatlah banyak pokok, cuaca nyaman dan dapat hirup udara segar.

Kita nak buat pilihan masa depan jangan ikut kawan-kawan. Tanyalah kemampuan diri sendiri. Make a research about it until you satisfied. Sometimes its okay to listen what people said but not everytime. Tapi yang penting jangan leka dengan benda yang tidak sepatutnya. Pandai pandailah pilih kawan di universiti nanti.

Kuarters pekerja. Sangat klasik.
Pemandangan pada waktu malam. Tenang je.
Perlawanan pantun antara kelas
Bangunan putih tu asrama lelaki. Laluan setiap hari pergi dan balik ke kelas.
Antara kemudahan riadah
Kawasan Unimas

Ditulis oleh
nosh syahirah

Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di twitter atau email.

Twitter.com/syahirahsuhaile
syahirahbintisuhaile@gmail.com

Comments

  1. Best.. Saya nak berkawan dengan akak bole?

    ReplyDelete
  2. Akak macam mana nk move on?

    ReplyDelete
  3. akak asasi ni dpt elaun ke?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Brpa jmlah kuota untk asasi sains fzikal?

      Delete
  5. tulisan yg menarik nosh...ringkas dan padat (Y)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...sy dpt twaran asasi sc fzkal d unimas...sy nk tny,bleh x klau nk tukar dr sc fzkal kpd sc hyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa batch akak boleh. Kenapa nak tukar ke hayat 😀

      Delete
    2. sbb sy target medic utk dgree nnt....thnks sbb bls..👍👍

      Delete
    3. Alright all the best :)

      Delete
    4. nasihat saya kpd muhamad fa,adik ambik je asasi fizikal sebab lebih selamat berbanding dgn hayat,utk pngetahuan adik hayat ada 4++ lebih pelajar dan cuma 60 org saja yg dipilih ambik medic..ramai yg kecewa dik sebab backup programe degree hayat tak banyak pilihan..ambik fizikal saje.

      Delete
    5. ohh..trima kasih atas nsihat..ill consider it!!

      Delete
  7. salam akak. saya dapat tawaran asasi sains fzikal kat unimas jugak. akak kalau dapat excellent pointer boleh fly overseas tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tidak dik. Sambung degree kat unimas juga. Kalau nK oversea tu duit sendiri rasanya :)

      Delete
  8. Salam kak, sya dpt asasi fiz unimas, msuk sna perlu lakukan apa2 pmbyaran tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak . Sebab dia dah tolak dari elaun

      Delete
    2. kalau dtg dgn rakan .. boleh tk mintak jdi roomate?

      Delete
    3. kalau dtg dgn rakan .. boleh tk mintak jdi roomate?

      Delete
  9. Assalam. saya dapat biotech. lepas habis asasi, course apa boleh sambung untuk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Asasi biotech ke macam mana. What do you mean?

      Delete
    2. sorry. biosains* :'U

      Delete
    3. Kiranya asasi sains hayat la ni?

      Delete
  10. Kalau dari asasi unimas, boleh ke sambung degree course medic ke USM / IPTS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke IPTS boleh . Kalau ke USM tak boleh rasanya sebab ada perjanjian antara mereka

      Delete
  11. Assalam.. Akak saya nak tanya, kalau biologi B cukup kuat tak untuk asasi sains hayat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, usaha kalau ada tak mustahil. Tapi tengok balik adik2 betul2 minat biology tak or terpaksa

      Delete
  12. saya dpt asasi sains hayat kat unimas...
    rasanya boleh tak smbg pendidikan math?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dik, sebab degreee pun kat unimas. Kalau nak amik sngt pendidikan amik la matriks. Nnti lepas matriks mohon lagi upu

      Delete
  13. saya dapat asasi sains hayat jga...
    adakah yuran pengajian perlu dibayar?

    ReplyDelete
  14. Akak sy xminay bio langsung spm pun B+ je tp sy bersungguh nak amik medik dan nak cuba cinta bio sempat tak akak? Ada tips tak nk struggle bio dlm tempoh singkat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, kalau awak tak minat Bio susah nak skor dik. Kitorg yang minat pun ada yang tak skor. Taknak tukar ke fizikal ?

      Delete
  15. Kiranya lps habis asasi di unimas memang tak boleh minta tukar ke semenanjung?

    ReplyDelete
  16. Duit bantuan flight semua budak semenanjung dpat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fatin athirah awk dpt msuk unimas ke ? pergi ke? sy pon dpat unimas . nk email bleh tak ? nak bborak sket . hehe

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Akak cmne cara dpt elaun tuhh??

    ReplyDelete
  19. Salam kak, saya dapat asasi sains hayat di unimas, kalau saya tidak yakin dgn asasi sains hayat dan ingin tukar ke sains fizikal adakah dibenarkan?

    ReplyDelete
  20. Kak, kite dpt pilih/ book roomate tak? Kalau dpt, mesti dtg pade mase yg sama ke? Sbab kwn sy flight lebih lmbt.

    ReplyDelete
  21. Hii.boleh tnya ? lps asasi sains d UNIMAS. boleh smbung degree di IPTS dalam medic yg offer oversea? akan dikenakan apa2 tak sekiranya tidak smbung degree di UNIMAS ?

    ReplyDelete
  22. Hii.boleh tnya ? lps asasi sains d UNIMAS. boleh smbung degree di IPTS dalam medic yg offer oversea? akan dikenakan apa2 tak sekiranya tidak smbung degree di UNIMAS ?

    ReplyDelete
  23. bagaimanakah maksud bumiputera kalau di unimas???

    ReplyDelete
  24. kalau mak cina, boleh tak ambik asasi sains di unimas???bagi lepasan spm???

    ReplyDelete
  25. Bole tak crite cre kluar asasi lpas degree klau kte amek ipts

    ReplyDelete
  26. Akak nak tanya. Nak masuk asasi unimas ni kene skor bio kimia n fz brp je?

    ReplyDelete
  27. Salam kak, dekat asasi unimas ni hostel dia semua okay ke ? Area unimas macam mana yer ? Means kawasan persekitaran luar unimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hostel unimas okay je .. luar unimas ni ada shopping mall nme dia Summer dekat je tpi kena lintas jlan pstu ada kwasan nme desa ilmu dekat jugak tmpat beli brg lntas jlan jugak . tpi skrg dorg tgah bina jejantas . soo rsenya time korg nnti da siap kot .. good luck !

      Delete
    2. Siapa tolong replykan ni hahaah thankyouu

      Delete
  28. Assalamuaalaikum, kalau selepas asasi kita minta tukar ke semenanjung tak boleh ke? Minta dengan orang atasan unimas pun takleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, tak boleh. syarat nya kalau ambil asasi kat UNIMAS , ambil degree nanti pun mesti kat UNIMAS. however kalau awak nak sambung degree tempat lain, awak hanya boleh apply di IPTS sahaja. terima kasih

      Delete
  29. Assalamuaalaikum , peralatan seperti laptop perlu kah saya bawa untuk asasi ?
    Semasa asasi , akak kena trap di dalam kampus mcm budak matrix ? ataupun ada time untuk buat kerja sambilan di luar ?
    Susahke the syllabus untuk asasi sains fizikal ?
    Kalau , dah lepas asasi , nak sambung degree tu masih boleh tinggal di asrama unimas ? ataupun perlu cari penginapan di luar ?

    sorry banyak soalan >.< . Saya first generation dari family utk masuk university , so saya kelang kabut fikir tentang hal penginapan / study / .. banyaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, firstly kalau adik ada laptop tu bawak ajala tpi kalau tak de x pe sbb akk pon x de tpi bole je survive kat sini tpi awak kene pandai2 la. Dekat asasi ni korg x kene trap mcm matrix dan boleh masuk kawasan kolej asalkan sebelum jam 12 malam but korg kene pandailah jaga diri , cari kawan2 yg baik2. goodluck

      Delete
  30. Salam.nak tanya cgpa untuk sambung degree perubatan lepas asasi sains hayat minimum 4.00 ke?kena bersaing dengan mereka dari diploma dan matrikulasi untuk sambung degree perubatan unimas ni la ye?ada temuduga untuk sambung degree perubatan ke?harap boleh membantu,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya. 1st interview dia tengok result spm dengan result mid sem 2. Ada je yang cgpa 2.90++ masa sem 1 dapat interview medic

      Delete
    2. Wow hebat ye 2.90++ dpt iv medic.biasa ye dia panggil iv untuk budak asasi masa mid sem 2 atau lepas habis asasi ?

      Delete
  31. Akak, pusat asasi ni jauh dari main library tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi ni dekat kampus timur. Kampus timur ada je library (CAIS). Cuma kat kampus barat, cais lebih besar. Kena naik bas. Tapi jangan risau, bas free je.

      Delete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak, sy nk tnya biasanya bila kita boleh dapat duit claim tiket flight..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis asasi baru boleh dapat duit.

      Delete
  34. aslmkm kak, saya dpt asasi sains hayat unimas. mmg minat nk jdi doktor. so, brp lama total tempoh pengajian plus degree skali ?

    ReplyDelete
  35. salam,nak tanya pasal DPT(Dokumen Perjalanan Terhad) tu macam mane nak buat ?Perlu ke bawa printer sekali

    ReplyDelete
  36. hai akak,saya dapat unimas asasi sains hayat.Akak ade nak bagi tips/pesan sblm saya bertolak ke unimas ke ?

    ReplyDelete
  37. ASSALAAMUALAIKUM KAK, KALAU ROOMMATE TU BOLEH KE KITA PILIH KAWAN KITA ? TAPI X DATANG SAMA-SAMA

    ReplyDelete
  38. nak tanya,lepas asasi sains hayat kalau nak sambung degree medic,hanya terhad 60 orang sahaja ke dari beratus-ratus pelajar asasi?persaingan dia kuat la utk smbg degree medic ni ye?minimum pointer utk degree medic berapa ?

    ReplyDelete
  39. aasalamualaikum....akak saye ni dpat asasi sains fizik.kalo saye nk smbong degree mesti kat UNIMAS atau bole ke tmpat laen. hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, yes awak hanya boleh sambung degree di UNIMAS sahaja. itu syarat dia. tetapi kalau awak nak apply ke tempat lain, awak hanya dapat apply di IPTS sahaja. sekian...

      Delete
  40. Salam...akak,,sya dpt asasi unimas tpi sya risau nk smbung degree tkut xda biasiswa...ada tak biasiswa selain ptptn seleps asasi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, ya.. biasiswa ada disediakan untuk degree nanti. awak boleh rujuk di laman web rasmi UNIMAS untuk maklumat lanjut. terima kasih.

      Delete
  41. ad biasiwa x utk degree after asasi...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada biasiswa disediakan untuk degree di unimas. sila rujuk laman web rasmi UNIMAS untuk maklumat lanjut.

      Delete
  42. Perkongsian yang bergune... trime kasih

    ReplyDelete
  43. Saye baru dpt surat tawaran dari unimas. Saye dpt program sains fizikal tapi saya tak minat fizik. Saya ingat nak tukar sebab blog2 yg saya baca sebelum ni unimas kasi tukar tapi tahun ni dekat surat tu cakap tiada sebarang pertukaran program dibenarkan. Jadi mcm mane ek? Patut saya ke matriks ke? Sebab saya pon dpt tawaran matriks KMM modul 1.

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum
    Nak Tanya ye kalau kita nak tukar fizikal ke hayat mcmana procedure dia? Saya tak berminat amik medic tapi ingat nak sambung degree dlm zoology selepas ASASI di UNIMAS.
    Sebab Tu saya nak tukar ke hayat.
    Tolong reply ye...terima kasih..

    ReplyDelete
  45. Assalammualaikum
    Nak Tanya ye kalau kita nak tukar fizikal ke hayat mcmana procedure dia? Saya tak berminat amik medic tapi ingat nak sambung degree dlm zoology selepas ASASI di UNIMAS.
    Sebab Tu saya nak tukar ke hayat.
    Tolong reply ye...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tukar selepas minggu akuan pelajar. Kesimpulannya datang dulu unimas nanti mereka akan inform siapa nak tukatlr kos.

      Delete
    2. Boleh tukar selepas minggu akuan pelajar. Kesimpulannya datang dulu unimas nanti mereka akan inform siapa nak tukatlr kos.

      Delete
  46. Thank you akak for the blog~ nervous saya tunggu hri for pndftrn~ 😆

    ReplyDelete
  47. Sorry nk tanya..kalau sains hayat boleh study engineering ke if xlepas masuk perubatan..jumaat ni dh nk pegi unimas..wawawa..

    ReplyDelete
  48. Sorry nk tanya..kalau sains hayat boleh study engineering ke if xlepas masuk perubatan..jumaat ni dh nk pegi unimas..wawawa..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum ..
    saya nak tanya saya dapat 7A 2B for result SPM this year.
    3A+ 3A 1A- 2B+
    Bio A-, fizik n kimia A, saya nak apply asasi sains hayat dkt unimas.. layak ke?

    ReplyDelete
  50. kalau dh habis asasi untuk sains hayat, kalau tak lepas interview utk medic tpaksa ambik kejururawatan kah? kalau nak medic jugak boleh minta direview lagi tak?

    ReplyDelete
  51. tak nak masuk nursing boleh apply fac science technology . selalunya interview tu pun dah short listed

    ReplyDelete
  52. Assalam akak.. Klu ambil asasi sains fizikal/hayat berapa tahun ye ke setahun saje? Dan klu nak ke bidang farmasi ambil sains hayat or fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam.ya setahun saje.unimas takde degree farmasi dik.

      Delete
  53. assalamualaikum kak... kalau nak smbg deg tu dye ade interview ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam.kalau nak smbg degree medic je ade iv

      Delete
    2. pastu kak, satu batch anggaran dye brape org?

      Delete
  54. Assalammualaikum
    Nk tanya, exam asasi sains fizikal guna bahasa melayu atau inggeris??? Lecturer pula mengajar guna bahasa melayu atau inggeris??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exam asasi in english,lecture's notes pun in english.lecture ajar in bm and english

      Delete
  55. pastu kak, anggaran satu batch brape org?

    ReplyDelete
  56. Biasa kuota intake pelajar asasi unimas (sc hayat + sc fizikal) dlm 900 +/- (ramaikan? Haha)

    ReplyDelete
  57. Buku utk asasi sains hayat ada jual di luar ke...
    Jika seorg² x seberapa dlm bhs english adakah sukar utk dia masuk asasi...#harap balas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/