ASSALAMMUALAIKUM!
Hai semua! So camna result? Sebelum tu akak ucapkan tahniah kepada yang
berjaya dapatkan Straight A’s+, straight A dan kepada semua. Alaaa jangan lah
sedih-sedih kalau keputusan yang adik dapat itu tidak seperti yang adik semua jangkakan.
Akak pon bukannya student yang mendapat Straight A, akak Cuma dapat 6A 2B+ 2C+
but alhamdulillah rezeki Allah itu luas,akak dah pon sambung degree kat
Universiti Teknologi Petronas bawah scholarship MARA. Tahun kedua dah pon dalam
Business Information System. Akak bukanlah dari golongan yang bijak pandai
golongan yang biasa tapi mempunyai impian yang setinggi gunung. Dulu kecewa
jugak sbb SPM akak tak macam yang akak target sebab trial akak alhamdulillah
8A,disebabkan itu jugak apply fast track kat UTP dan alhamdulillah dapat.
Cita-cita akak besar nak belajar dekat oversea tapi nak buat macam mana tiada rezeki. Dulu SPM kat SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK), PMR dekat SMK Bandar Baru Salak Tinggi UPSR dekat SK Desa Putra. Okay saja nak habaq sekolah mana haha. Okay lepas result keluar tipu arr kalau tak sedih kan trial better lagi kot. Time tu memang down sangat dan time tu tengah buat Foundation kat UTP. Time tu jugaklah nak final exam hahaha. Memang jujur cakap tak study untuk final tu kan sebab sedih gila result macam tu pastu byk scholarship tak boleh nak apply. Tengok kawan lain kemain apply itu ini. Kita nak apply pon tak layak. So bila result final tu keluar akak manage dapat 3.2 jer huwaaaa lagi lah sedih kan. Tapi alhamdulillah sokongan ibu dan ayah yang tak pernah putus untuk anak dia nie akak bangkit balik sebab ibu cakap sampai bila nak GAGAL? Pehhh sakitnya tu disini hahah. Alhamdulillah tamat foundation dengan cgpa Dean List :’). Dapat lah tebus kecewa time SPM tu then start degree memang sibuk cari scholar untuk tanggung belajar kat UTP ni. Dan alhamdulillah terikat dengan MARA sekarang. Terima kasih MARA.
Cita-cita akak besar nak belajar dekat oversea tapi nak buat macam mana tiada rezeki. Dulu SPM kat SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK), PMR dekat SMK Bandar Baru Salak Tinggi UPSR dekat SK Desa Putra. Okay saja nak habaq sekolah mana haha. Okay lepas result keluar tipu arr kalau tak sedih kan trial better lagi kot. Time tu memang down sangat dan time tu tengah buat Foundation kat UTP. Time tu jugaklah nak final exam hahaha. Memang jujur cakap tak study untuk final tu kan sebab sedih gila result macam tu pastu byk scholarship tak boleh nak apply. Tengok kawan lain kemain apply itu ini. Kita nak apply pon tak layak. So bila result final tu keluar akak manage dapat 3.2 jer huwaaaa lagi lah sedih kan. Tapi alhamdulillah sokongan ibu dan ayah yang tak pernah putus untuk anak dia nie akak bangkit balik sebab ibu cakap sampai bila nak GAGAL? Pehhh sakitnya tu disini hahah. Alhamdulillah tamat foundation dengan cgpa Dean List :’). Dapat lah tebus kecewa time SPM tu then start degree memang sibuk cari scholar untuk tanggung belajar kat UTP ni. Dan alhamdulillah terikat dengan MARA sekarang. Terima kasih MARA.
Life kat UTP nie tak sama macam sekolah
adik. Korang kena pandai carik nota sendiri. Nie bukan macam kat sekolah cikgu
nak suap jer. Nak tolong korang 24 hours. Boleh jumpa cikgu sentiasa. Kat uni
tak de dah semua tu. Korang kena carik buat nota sendiri sbb ada jer lecturer
yang tak bagi slide tau hahh. Nak jumpa lecturer kena buat appoinment bagai.
Bila nak final mula minta hint final. Kalau dapat lec yang baik untung cuba
dapat yang cengih habis arr. Nak fight markah coursework sbb kalau coursework
rendah memang kena pulun habis lah untuk final. Korang akan rasa stress sebab
assignment dah mula bertimbun, test dah menunggu. Mana nak study nyer nak
siapkan assignment nyer semua. Time management itu sangat penting. Kalau korang
tak reti manage time susahlah. Kadang
–kadang korang punya paper tu akan ada sampai 2 paper sehari. Akak pernah kena
4 paper 2 hari hahhhh. Dah lah takde selang. Hari ni habis 2 paper esok 2
paper. Amekkaw memang tak tido serius sebab takut kan. Nak cover banyak benda.
Kadang-kadang masuk jer dewan tapi tak baca habis. Time tu memang tawakkal
gila. Advice akak korang bila nak final nie banyakkanlah buat past year sbb
soalan semua berulang jer. Tukar ayat tukar number yang lain semua sama.
Solution pon sama. Nak pandai nak faham semua subjek latihan dik J
practice make perfect
Kat uni nie korang kena belajar
independet. Tak boleh bergantung 24hour kat orang. Korang sendiri kena decide
apa yang korang nak buat. Nak study ke tak. Nak ponteng class ke tak. Kena
pandai pilih kawan sangat penting. Kadang-kadang kawan sendiri yang buat masa
depan kita lingkup. Ada jer kawan yang jenis tak jaga solat , kadang solat kadang
tak. Kawan yang jenis dapat jer duit scholar habis kat benda yang bukan-bukan.
Nanti nak bayar yuran semua takde duit. Mula susahkan mak ayah. Dah besar kan
semua. Boleh fikir sendiri kan J*nasihat
kat diri sendiri jugak*. Bila dah dapat
duit tu first korang selesaikan lah yuran selesaikan hutang piutang korang kat
uni tu,then menabung sikit. Kita tak tahu masa depan kita camna. Then ada lebih
sikit hah korang shopping lah tapi jangan lah boros. Aipp aipp tamau mcm tu.
So akak akan cerita sedikit pasal kos bisnes
nie. Sebenarnya banyak sangat tapi akak cerita apa yang akak belajar, basically
kos bisnes kat UTP nie korang bukan saja belajar pasal bisnes tapi korang akan
belajar jugak pasal ICT. Kira korang belajar 2 in 1 lah. Banyak untung woo. Nak
pegi apply mana2 company nak keje korang boleh choice nak department ict atau
bisnes J best kan hahah. Bisnes kat utp nie
kira mcm korang belajar semua subjek pasal bisnes Cuma takdelah terlalu
mendalam. Korang still akan belajar finance akaun management ,korang akan
belajar cara pemakain ke tempat kerja jugak tau! Hah yang ini tak tahu lah kat
uni lain ada ke tak tapi kalau kat UTP ada. Diorang latih korang siap-siap. Nak
buat resume semua korang akan belajar. Cara nak interview semua pakaian apa
yang sesuai semua korang akan belajar. Korang pon still akan belajar
programming. Sapa yang minat nak hack nie boleh lah apply yerr haha. Mungkin
orang lain akan ingat hmm kos bisnes nie orang tak pandang come on adik-adik
kalau korang minat takkan korang nak dengar cakap orang? Masa depan kita kita
yang tentukan adik-adik. Buat pengetahuan semua, kos bisnes dan ict tengah high
arket kat alam pekerjaan. Kalau kat UTP budak yang nak intern kebanyakkan yang
dapat placement awal adalah budak ict dan bisnes. Sebab tak ramai orang. Best
kan bestkan. Kadang-kadang sampai 3-4 syarikat offer hah korang akan pening
nanti hehe.
Ingat! Bila kita jejak kaki kat
universiti, ini permulaan untuk kita berjaya. Tak kisah lah apa kos apa jua
universiti yang adik dapat percayalah rezeki dan perancangan Allah itu lagi
bagus dari kita. Yang cemerlang dalam SPM tu kekalkan semua. Yang kurang
berjaya ini lah platform untuk korang balas dendam balik. Buat mak ayah bangga.
Tunjuk kat orang lain. Jangan terus jatuh tapi tanak bangkit. Kalau jatuh terus
bangkit. Biar kita jatuh 1000 kali tapi kita bangkit 2000. Usaha tangga kejayaan
adik-adik J
So good luck and all the best untuk
korang yang nak tempuh alam universiti. Hati kena sado dik kalau masuk uni.
Korang akan experienced macam-macam. Jumpa orang pelbagai jenis. Solat jangan
tinggal,minta doa restu ibu ayah setiap hari kalau boleh. Tak call takpe wasep
pon boleh hihi J
Bila ada banyak sangat offer yang korang
dapat, istikharah dan minta lah petunjuk yang Esa. Balik pada Dia doa pada Dia
mintalah pada Dia. Pilih lah jurusan yang korang minat jangan ikut orang nanti
susah korang.
All the best semua J
May Allah bless all of you! Syukran.
maseh kak. saya pon dapt utp kos bisbes gak. xtau nk wat cena. minat math gila2. hadoidoi. tp an akak. org mmg kata kt saya yg kos bisnes ni lekeh ja.. huh pedih gak la even result saya alhamdulillah oke. pa pon kak doakan saya eh. masehh :))
ReplyDeleteKak saya nak tnya kalau saya buat diploma in accounting and then nak smbg degree in finance boleh ke?
ReplyDeleteSy dpt offer uniten finance utp bis, Dua2 saya minat, tapi saya tk tau mane lagi better ? HELP ME ! ��
ReplyDeleteSalam. Akak nak minta emel/no fon boleh? Nak tanya something pasal foundation in utp
ReplyDelete