Skip to main content

Australian Matriculation Program @ INTEC

Australian Matriculation Program (AUSMAT)
            Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca. Nama diberi Muhammad Ainuddin Bin Mohd Taquddin dari Sekolah Sains Muar (SAMURA)(BATCH 30) dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Intec Education College, Shah Alam. Tujuan aku membuat benda ini ialah untuk menerangkan tentang program yang aku sertai di Intec iaitu Ausmat.
 Ausmat ialah sebuah program pembelajaran selama 1 tahun atau pon 1 ½  tahun mengikut mata pelajaran di Australia. Ramai yang menganggap program ini hanya laku untuk ke Australia tpi sebenarnya tidak. Ausmat ialah satu program yang worldwide so ianya boleh digunakan untuk ke tempat lain contohnye seperti UK, US dan lain2.

Antara kelebihan program ausmat berbanding program yg lain ialah program ini terbahagi kepada tiga iaitu science,commerce and engineering tetapi tidak lgi khusus dalam sesuatu bidang contohnye seperti engineering khusus yang aku amik. Aku just belajar subjek yang wajib untuk smua engineering tapi pilih engineering yg khusus contoh mcm civil or mechanical or chemical pada tahun kedua di Australia nanti. So buat masa sekarang ni aku just perlu belajar dan skor. Benda2 tu smua aku boleh pilih nanti. Mana lah tahu serakang ni aku nak buat civil tetiba nak tukar chemical ke tak kisah sebab benda tu smua boleh pilih time tahun kedua.



Subjek yang perlu diambil setiap khusus adalah berbeza but ade yang sama la macam Math Studies, Agama, English Second Language, IELTS. But ade yang lain contohnye Budak commerce kena amik economics, accounts. Science amik physics, chemistry, biology. Engineering amik physics, chemistry and specialist math. Nampak macam banyak tapi sikit je.
Cara pemarkahkan kitaorang berbeza berbanding program lain. Kalau macam A-Level, internal (quiz,assignment and macam2 lagi) just 30%, external  (exam besar macam spm) 70%. Untuk program Ausmat terbalik je. Internal 70% and external 30%. So untuk aku, aku lebih suka yang macam ni so x de la last minit dah nak pekse besar baru nak belajar macam SPM. Untuk program ni, setiap benda yang buat dari awal tu akan dikira macam quiz ke ape ke. Semua tu nanti masuk dalam 70%. Banyak tuh and Nampak macam banyak kerja je. Tak payah nak risau sangat sebab internal ada lah jugak yang lecture boleh tolong macam assignment ke. Then pekse besar iaitu South Australian Certificate of Education (SACE) yang 30% tu kene amik last sem nanti tapi just 5 subjek je (buang subjek agama and IELTS). So skor gila2 kat internal then kat external tak payah nak struggle sangat. Tu lecture aku cakap tpi kalau kau tnye aku, baik korang skor smua je lagi selamat. Untuk kebaikan korang jugak kan.

Yang mana yang SPM tak berapa bagus tu jangan anggap korang tak leh amik program ni. Program ni budak2 sponser ade, budak2 private pon ade. So tak lah risau sangat. Ni semua baru permulaan. Jauh lagi perjalanan kita. Kalau ade pape nak tanye leh la contact aku, 012-7462123. Tapi whatsapp je la, jangan call…ahahahahah… Ok smua, mintak diri dulu sebab ade banyak kerja..sekarang ni kerja korang pilih lah yg terbaik untuk masa depan korng smua. Selamat Berjaya. J

Comments

  1. mcm mana nk apply ?

    ReplyDelete
  2. Macamana entry requirement ya?

    ReplyDelete
  3. Sila layari www.intec.edu.my. Pengambilan dibuka sekarang

    ReplyDelete
  4. nak tanya ade ke kemasukan bagi lepasan matrikulasi

    ReplyDelete
  5. adakah INTEC ni untuk private students shj?

    ReplyDelete
  6. Abg tu ada ckp ada bdk sponser ada bdk private

    ReplyDelete
  7. Intec ambil straight a je ke?

    ReplyDelete
  8. Ada x major psikologi?

    ReplyDelete
  9. permohonan secara online adalah percuma atau kena bayar kt mana mana bank dulu?

    ReplyDelete
  10. tarikh tutup pemohonan bila?. sebab saya nk buat semakan semula result.

    ReplyDelete
  11. apa web nak mohon AUSMAT ? admin under tajaan ape ?

    ReplyDelete
  12. kalau dah apply MARA, boleh apply intec ke untuk private students ?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.

    I'm thinking of going for ausmat but saya bukan nak fly to oz. macam russia, diaorang tak tengok chemistry. they just need Mathematics and Physics so boleh tak kalau drop Chemistry? And is IELTS compulsory if i'm bound for Russia since I wont be using English there?

    look forward to hearing from you. thank you.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/