Skip to main content

International Baccalaureate Diploma Programme (IB) @KMS

 Assalamualaikum w.b.t . Nama diberi Mohd Fitri Bin Mazeli, ataupun member SAMURA(B30) selalunya panggil Spoyler. So basically, aku akan cerita dekat korang pasal program yang aku sedang lalui sekarang, which is “International Baccalaureate Diploma Programme” or IB diploma. Aku yakin ramai daripada korang mesti tak pernah dengar pasal benda ni, sebab aku sendiri pun baru tahu lepas dapat result SPM. Apapun, sekarang aku sedang belajar di Kolej Mara Seremban (KMS), Semester 1, persediaan untuk jurusan Mineral Geoscience ke United States of America. Aku belajar ni di bawah tajaan MARA. This programme, mengambil masa 2 tahun. IB world school ada few je dekat Malaysia, antaranya KMS, Kolej Mara Banting(paling ramai di dunia) dan MCKK. Mana-mana pun korang masuk, semuanya sama je. Bezanya cuma environment.

What is IB diploma ?


 “The IB Diploma Programme (DP) is an academically challenging and balanced programme of education with final examinations that prepares students, aged 16 to 19, for success at university and life beyond. It has been designed to address the intellectual, social, emotional and physical well-being of students. The programme, has gained recognition and respect from the world’s leading universities.”
  “ Over the course of the two-year IB Diploma Programme, students study six subjects chosen from the six subject groups, complete an extended essay, follow a theory of knowledge (TOK) course, and participate in creativity, action, service (CAS).”
- IB Organizations 

Jadi berdasarkan definition dekat atas, kita dapat tahu yang IB ni ingin membentuk student yang all-rounded. As in, dia nak student bukan sahaja hebat dalam akedemik malah kokurikulum. Bawah ni pulak, known as IB learner’s profile which each IB student kena ada :

IB learners we strive to be:
1 inquirers
2 knowledgeable
3 thinkers
4 communicators
5 principled
6 open-minded
7 caring
8 risk-takers
9 balanced
10 reflective.


  Bezanya IB dengan programme yang lain mcm A-level, ADFP, or Foundation, IB ni dia pakai 45 points (Tak pakai pointer). 42 akademik points + 3 bonus points/core (CAS, TOK,EE). For akademik points, each subject the highest band is 7, yang lowest 0. So ada ada 6 subjek kena ambik. Each student wajib ambik 3 subjek Higher Level (HL) dan 3 subjek Standard Level(SL). Subjek- subjek ni, student kena pilih berdasarkan course yang akan dia ambik masa degree nanti. Macam aku, HL ( Chemistry, Physics and English) and SL (ITGS, BM, and Mathematics). Semua akademik points, akan dikira bila korang ambik the final and the last exam masa dua tahun korang belajar. Maksudnya sistem ni macam SPM. Setiap Semester, tak akan ada exam besar , cuma exam kolej. Yang penting cuma exam yang akhir je. Pada bulan Mei, tahun ke dua. Yang akan tentukan korang fly atau tak.

Untuk bonus points/core, sebab nama pun bonus, so kalau korang dapat kosong pun tak apa. Tapi, korang kena jugak buat sebab kalau tak, you will not get the diploma, and 2 years akan membazir mcm tu je. So each core akan carry 1 point. Core tu ada 3, so total 3 points. Elements are :

1. Extended Essay (EE)

- 4000 words essay.
- Like a mini-thesis.
- Based on subjects you are taken.
- No plagiarism ( atau bahasa senang “copy paste”)
- If plagiarism occur, the diploma will not be given.
- Must be your own idea.

2. Creativity, Action, Service (CAS)

- Must complete 150 hours within 2 years
- Usually under clubs
- Must cover 3 elements of Creative, Action and Service to the community.
- As a proof, students need to make a CAS log (report).

 3. Theory of Knowledge (TOK)

- You will attend 2 TOK classes each week.
- Teaches you to stand for your own opinion and be more brave to talk in public.
- There is no right or wrong answer.
- Assessment for TOK is you need to make a 1500 words of essay, and the      
 Questions will be given by the IBO during the 3rd Sem.


So, bila campur akademik points and bonus points, akan dapatlah total 45 points. In order to fly, students kena dapat at least 35 points. Tapi benda ni varies depending on Univesity yang korang nak masuk dan course yang korang ambik. Macam Medic, korang kena at least 38 points baru boleh fly. Dan ada University pulak, nak total 35 points WITHOUT bonus points. Sebab tulah aku cakap dia varies, dia tak fixed. Tapi yang penting, minimum points nak fly ialah 35 points.


 HOW IS LIFE IN KMS ?

Cara yang paling senang nak describe pasal Kolej Mara Seremban, ialah dia macam MRSM. Cuma bezanya, ke kelas boleh pakai kemeja warna warni dan baju kurung raya. Waktu kelas, kecuali Jumaat, kelas start pukul 8 pagi sampai 2.30 petang. Setiap hari makan 5 kali sehari. Dan petang kalau tak ada apa-apa, korang free boleh tidur. Tapi kebanyakkannya budak IB tak tidur sebab banyak homeworks. Lagi satu, KMS ni campur dua programme, IB dan A-Level. So, korang boleh bezakan budak IB dan A-level dengan homeworks diorang. That is why budak IB ni macam terencat sikit. Hahah lol. Budak IB dan AL tak boleh sama bilik, takut dengki. Tapi, untuk first sem, dipanggil sebagai “Sem beristirehat” diamana kerja tak banyak lagi. Dah naik sem dua baru merana sikit..

Untuk study, kiranya KMS ni sangatlah sesuai. Dia jaga korang untuk tak terlalu leka. Dekat sini pun ada mcm naqib naqibah (ikatan pelajar Islam). Benda ni bagus sebab yelah, korang nak ke oversea, kena pastikan iman kuat. Kalau tak, senang nak terpesong dengan pengaruh budaya dekat luar sana.

Kenapa aku cakap KMS ni macam MRSM, sebab on weekdays, kitorang boleh keluar after 5 pm until 7pm je. And weeekends, from 8 am until 7 pm. So kebanyakkan budak yang duduk dekat akan balik during weekends. Antaranya aku, sebab rumah 20 minit je daripada kolej. Tapi apa yang best dekat Seremban ialah dia selesa dan banyak tempat shopping dan “berjimba”. Nak pergi Mall pun senang, call je taxi. Nak ke KL, boleh naik KTM straight sampai KL Sentral.


CONCLUSION

Jadi keseluruhannya, apa pun yang korang dengar pasal IB ni susah lah apa lah, korang jangan telan dan percaya bulat-bulat. Sebab susah bagi orang tak semestinya susah bagi kita. Ya korang akan cakap, “budak tu pandai bolehlah masuk”, tapi kenapa kita sendiri tak yakin dengan diri kita yang kita boleh. SPM dah lepas, dan SPM tak mengambarkan intelektual seseorang. Tapi apa yang aku boleh cakap, IB ni sesuai untuk orang yang pandai uruskan masa dengan betul dan berkesan. Sebab korang akan sibuk dengan pelbagai benda, jadi jadual yang sistemik memang penting. Lagi satu, IB juga sesuai untuk orang yang ingin dirinya bukan sahaja hebat dalam akademik dan kokurikulum, malah aspek pemikiran berintelektual. Pehh macam karangan BM dah. Apapun, pilihlah jalan yang sesuai untuk diri sendiri, jangan terlalu ikut kata orang lain. Solat Istikarah jangan lupa. Sekian.
   
Sebarang pertanyaan,

MOHD FITRI BIN MAZELI
017-2598605
Mohdfitri1996@gmail.com
Twitter : mohdfitri1996
Ask.fm : spoyler96

Comments

  1. Assalamualaikum... kalau extended essay ni kan, do you only need to do one piece of extended essay through out your 2 years of studies? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Nnt u will get the introductiob n explanation about the EE in the middle of the first year programme. you can discuss with your teacher of what topic you want to do on. The first draft that consisted of at least 2000 words need to be submitted by the end of the first year. By november or dec (or in jan, feb, mar- i dont really remember) the year after you hv to hand it in the final draft a.k.a the whole EE that consisted of 4000 words. Basically you hv about a year to finish your EE.

      Delete
  2. Macamana nak pohon?

    ReplyDelete
  3. bole bgi link tak dekat mana yg nak mohon IB ni?

    ReplyDelete
  4. Adakah pelajar IB di Kolej Mara Seremban dihantar ke Ireland/UK/Australia utk MEDICAL? Ataupun hanya KMB saja?

    ReplyDelete
  5. Adakah pelajar IB di Kolej Mara Seremban dihantar ke Ireland/UK/Australia utk MEDICAL? Ataupun hanya KMB saja?

    ReplyDelete
  6. Salam..ada FB x? nak tnya something..

    ReplyDelete
  7. Nak no telefon... Senang nak wassap.. Sy candidate spm tahun ni... Byk soalan nk tnya lepas ni... Harap dpt bantu..

    ReplyDelete
  8. Hi sangat membantu cerita anda,saya dpt kms alevel so boleh tak saya pergi blaja di uni di usa nanti?

    ReplyDelete
  9. this is really a very good article. Thanks for taking the time to discuss with us, I feel happy about learning this topic. keep sharing your information regularly for my future reference.

    IB Curriculum

    ReplyDelete
  10. This is really a very good article. Thanks for taking the time to discuss with us, I feel happy about learning this topic. keep sharing your information regularly for my future reference.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/

Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi UPNM

Assalamualaikum w.b.t Aku N/405738 Pegawai Kadet Azra Aqilah binti Mohd Hair. Platun 6, Kompeni Bravo, Batalion Lekiu. Kadet jurusan Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi. Salam perkenalan. Harini aku nak terangkan sikit tentang UPNM. UPNM atau nama saintifiknya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Terletak di Kem Sg.Besi Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan dikenali as ATMA or Akademi Tentera Malaysia. Namun pada tahun 2006 dia jadi UPNM. Aku baru tahun asasi. So tak banyak yg aku tahu. Kat sini aku nak terang pasal jurusan asasi yg ada. Asasi ada 3 jurusan.