Skip to main content

Diploma Mechanical Engineering UiTM Pasir Gudang



DIPLOMA MECHANICAL ENGINEERING?

Assalamualaikum wbt… salam sejahtera dan salam keatas junjungan Rasulullah besar S.A.W serta para sahabat. Hello! Nama aku Azmi, Batch 30 SAMURA. Aku just student UiTM Johor campus Pasir Gudang. Student Diploma Faculty of Mechanical Engineering (Pure). Aku ada pesanan sikit untuk kamu semua yang nak sambung belajar tertutama bidang engineering. Engineering ni meluas nak2 lagi bidang mechanical. Mechanical engineering merangkumi marine, oil&gas, aviation, piping, welding, automotive, material n so on.


Pada pandangan aku, course Mechanical engineering ni awesome sebab ko akan belajar berkaitan force, statics, dynamics n strength. Aku nak ingatkan, jangan ingat kalau further Mechanical kamu semua just belajar yang berkaitan physics jerr tapi kena juga belajar pasal Electrical n Chemical. That’s why orang cakap student Mechanical belajar semua subject.

Selain itu, faktor job market. Aku tahu benda ni yang selalu mak ayah kamu semua tanya. Orang selalu tanya “Eh, ada ker pasaran kerja lepas kau grad degree?”. Kamu semua jangan risau, Mostly bidang engineering ni market memang luas sama ada company dalam negara atau luar negara. Untuk pengetahuan kamu semua, Dah ramai anak melayu kerja kat negara timur tengah siap boleh buat perkampungan orang melayu. Orang tua selalu kata ‘Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.’ Kalau aku better hujan emas, Hahahaha. Then, ada certain negara timur tengah yang kenakan kadar tax yang agak rendah berbanding Malaysia. That’s why ada orang Malaysia tukar warga negara Qatar, UAE , Arab Saudi n seangkatan dengan nyerr…. (Bukan niat nak berpolitik)

Next, Aku nak sentuh pasal certificate sijil bidang engineering after grad degree. Jangan risau, kebanyakan sijil yang IPTA dan IPTS kat Malaysia ni keluarkan khusus untuk bidang engineering diiktiraf di negara2 lain. Tak kiralah sama ada graduan keluaran UTM, UiTM, USM, UM, UKM, UTP, UniTEN, UniKL or other else. Aku nak ingatkan, pointer or rangking University ( bukan jaminan untuk dapatkan kerja tapi skill (kemahiran n pengetahuan terhadap suatu bidang) dan soft skill waktu sesi interview kelak. Lagi satu, pekerjaan yang korang akan dapat nanti itu semua rezeki yang Allah beri walaupun kelulusan enginineering tapi mungkin dapat kerja cikgu, lecturer atau sebagainya.

Sebagai penambahan fakta, Graduan bidang Mechanical engineering mungkin akan dapat job sebagai piping engineer, marine engineer, welder engineer, drilling engineer, aviation engineer, industry engineer, manufacturing engineer, material engineer, plant engineer n bnyak lagi ( yang pelik2 punya nama pun ada). Keinginan aku memang nak join serta explore industry Oil&Gas and Shipping sebab payment yang tinggi serta experience yang amat berharga yang susah nak dapat. Walaubagaimanapun, risiko yang berbahaya serta masa yang berkualiti untuk family terhad (means kalau dah kahwin mungkin kena offshore berminggu or berbulan lamanya tinggalkan wife tercinta and anak2 T_T). Itulah hakikat yang terpaksa ditelan, tak semua perkara yang kita buat itu manis mesti ada pahitnya.

So, kalau nak offshore zaman bujang paling sesuai! Ngeh ngeh ngeh!!!!!

Orait, yang ni aku nak sentuh pasal life student engineering kat university. Percayalah walaupun just belajar diploma course engineering tapi course outline memang ngeri. Walaupun relax tapi every sem memang subject killer paling sikit 2 paper. Failed mechanics subject perkara biasa bagi student mechanical engineering. Tapi jaga hubungan dengan Allah dan manusia sekeliling inshaa Allah semua berjalan lancar. Kadang2 life kat Uni boleh hanyutkan korang, aku sendiri dah lalui. Fakta yang seterusnya, Engineering campus memang paling sikit students perempuan terutama Faculty Mechanical. So, perempuan memang limited laa. Ada student faculty lain cakap yang student lelaki faculty engineering ni kalau nampak perempuan macam monyet nampak pisang. Sebenarnya semua bergantung pada nawaitu kita. Niat masuk Uni sebab nak menuntut ilmu bukan untuk ber’couple’ or cari tulang rusuk kiri. (ingatan untuk aku jugak).

Lastly, aku just nak pesan… tak kira kamu semua nak ceburi bidang apa, buatlah research awal2 tentang bidang tersebut dan jangan lupa jaga hubungan dengan Allah, mak ayah, manusia lain serta haiwan atau tumbuhan.

Untuk pertanyaan boleh hubungi 017-8432557

Sekian …..

Comments

  1. haha..agree..sbb aku pon student mechy kt situ..

    ReplyDelete
  2. Berapa credit nak masuk sana?

    ReplyDelete
  3. Ape kelayakkn nk amik oil and gas???

    ReplyDelete
  4. Kalau dah lepas diploma. degree dia berape lame ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dip. kat uitm selalunya 3 tahun full time. lepastu, nak bg tau ni.... better nnt amik degree pun amik lah kat uitm sebab 2 tahun je. kalau uni luar probably lebih dr 2 tahun. so fikirkan lah. master nnt suka hati lah nak pilih mana.... luar negara pun suka lah. kalau CGPA gempak senang lah nak apply biasiswa. lewl :) -Di

      Delete
    2. Degree tu memang jadi 2 tahun tepat eh?

      Delete
  5. macam mane cara pembelajaran dia dekat situ dan ade berape subjek semuanye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe admin ni junior lah kan so dia module baru. basic 7 subjek satu sem. tp start sem 5 dan 6 ada 4 subjek je. sem 5 (module lama) tu kira kena fight bebetullah sbb dia membaca & menghafal + mini projek smpi 2/3 lepastu final ada 3 paper je. sem 6 nnt ada FYP (final year project) tp paper final ada 2 je. fr module baru.... dia org skip subject sem 1 kita org, kiranya 5 sem je belajar.... tp dia org still ada 6 sem, cuma sem 6 dia org kena practical.

      Delete
  6. course nie ade yg swasta punya??

    ReplyDelete
  7. Boleh tau x untuk diploma ade berapa sem? and boleh tau x subjeck yg akn kita pelajari sepanjang sem?

    ReplyDelete
  8. Mechanical engineering ada kata UiTM Puncak Alam tak?

    ReplyDelete
  9. mcqquestions.net best website for diploma mechanical

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/

Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi UPNM

Assalamualaikum w.b.t Aku N/405738 Pegawai Kadet Azra Aqilah binti Mohd Hair. Platun 6, Kompeni Bravo, Batalion Lekiu. Kadet jurusan Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi. Salam perkenalan. Harini aku nak terangkan sikit tentang UPNM. UPNM atau nama saintifiknya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Terletak di Kem Sg.Besi Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan dikenali as ATMA or Akademi Tentera Malaysia. Namun pada tahun 2006 dia jadi UPNM. Aku baru tahun asasi. So tak banyak yg aku tahu. Kat sini aku nak terang pasal jurusan asasi yg ada. Asasi ada 3 jurusan.