The Awesome Yunara (JPA FRANCE ENG)

Friday, December 26, 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah aku dibenarkan berbicara mengenai program yang aku sedang jalani iaitu program Kejuruteraan Tajaan JPA 2014 ke Perancis. Aku tak tahu nak pakai bahasa Inggeris ke Melayu ke Perancis ke, tapi aku akan banyak menggunakan bahasa ibunda dalam entri aku ini.


INTEC

Sebelum korang fly ke France, korang akan stay dekat INTEC untuk beberapa minggu. Yeap, kumpulan tajaan JPA France yang akan pergi awal daripada mereka Korea, Jepun dan Jerman. Tapi bukan semua yang datang mendaftar ke INTEC akan dihantar ke France. Korang akan melepasi satu lagi temuduga bersama “SFERE” yang menentukan jumlah sebenar berapa orang yang layak fly awal. Yang tidak lepas, jangan sedih, jangan nangis, Allah bagi peluang anda untuk spend masa bersama keluarga untuk 2 tahun lagi. Anda juga akan dihantar ke MFI untuk mempelajari bahasa. Ok, aku hanya mampu bercerita bagi kumpulan yang fly awal ke France sahaja sebab aku tak faham sangat situasi di MFI. Tapi, konklusinya, aku hanya mampu popular untuk beberapa minggu sahaja di INTEC.





TEMUDUGA “SFERE”

Apa itu “SFERE”? SFERE itu merupakan satu organisasi yang ditugaskan khas untuk menguruskan segala keperluan dokumen pelajar sepanjang berada di France. Seperti yang aku cakap tadi, korang akan melepasi temuduga yang kedua. Professor yang akan menemuduga korang adalah professor dari France. Sama ada Mr Bruno atau Mr selain daripada Mr Bruno. Maaflah, aku dah lupa. Korang tak perlu nak action seolah olah pro French. Dia akan temuduga dalam English. Tapi diorang juga akan uji sejauh mana korang tahu tentang negara Perancis. Key untuk temuduga ni adalah, kenapa diorang perlu pilih korang pergi Perancis. So, korang kenalah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang yang korang nak ambil sana nanti.

KELAS DI INTEC

Kami tidak ada kelas formal sepanjang berada di Intec, tapi maybe pihak INTEC akan buat kelas bahasa sementara korang siapkan semua dokumen yang patut. So, anggaplah tu masa last korang nak enjoy kat Malaysia.


SUMMER TIME


Bila dah sampai ke France tu, jangan lupa call family ok? Baiklah, masa korang dah sampai,dekat France masih cuti musim panas, tapi korang tak lah. Haha. Korang akan hadiri kelas itensif CLE (Classe Langue pour Etranger) , kelas bahasa untuk orang asing. Dan korang belajar bahasa sampai bulan 9.


IUT

Ok, dekat sini kumpulan kami sudah dipisahkan kepada dua. Sama ada stay di Tours, atau pindah ke Blois. Bagi aku, aku pindah ke Blois sebab dekat sana dia tak ajar Bio. Muahahahaha. Ok, perbezaan IUT Tours dan IUT Blois adalah subjek yang diajar. Beza dia ada bio and tak ada bio je. IUT tu apa? K fine. IUT tu macam Universiti. Tapi korang macam ambil asasi je dulu


LIFESTYLE


Dekat sini korang hanya perlu jaga agama dan study korang je. Insyallah duit JPA bagi tu pun dah mencukupi. Nak bagi family dekat Malaysia pun apa salahnya. Jangan lupa korang under JPA, so jangan banyak main main, jauhkan diri dari kena panggil balik ke Malaysia. Rugi masa bro. Dekat sini korang kalau pandai jaga diri takkan kena culture shock punya. Aku taknak lah cerita banyak banyak, nanti korang tengok sendiri. Dekat sini memang susah nak cari tempat solat macam masjid ke apa, tapi korang boleh solat di bilik sendiri atau macam aku di IUT, solat di bilik persalinan. Jangan terkejut, sebab sini bukan negara Islam. Jadi, kedai kedai yang halal pun susah nak cari. Makan kebab je konfem halal (Sebab kebanyakan yang jual Muslim Arab) Jangan lupa bawa Al-Quran dari Malaysia. Bila rindu Allah, rindu Muhammad, baca lah ye. ^^


PERANCANGAN AKU

Korang lain sikit dari pelajar MFI, sebab korang boleh pilih banyak bidang. Even yang tak ada kaitan dengan kejuruteraan pun ada. Aku tak tahu kenapa. Ok ok, sebelum ke France, aku dah rancang nak ambil kejuruteraan mekanikal, tapi aku mula ubah fikiran mungkin ambil Informasi, atau lebih senang dikenali Kejuruteraan Komputer.Tapi aku tak ada keputusan yang muktamad.


LEPAS PERSEDIAAN

Lepas persediaan di IUT tadi tu, korang akan dibenarkan memilih bidang apa yang korang inginkan, dan terbahagai kepada dua pula, sama ada “Ecole d’Ingenieur” atau “IUT” . Dan kalau aku cerita lagi, konfem 5 muka surat baru habis.


CONTACT

Jadi, kalau betul korang minat dan nak tahu lebih lanjut pasal bidang yang aku ambil, sila hubungi aku pada masa yang sesuai (dekat sini France 6 jam lagi lambat dari Malaysia) . Assalamualaikum dan salam sejahtera. ^^

“Leave no dreams unfulfilled when you die”


Mohammad Zulfiqar bin Wardi
Pelajar SAMURA B30
Tajaan JPA Kejuruteraan Perancis 2014

+33753991584 (Whatsapp)
Yunara96@yahoo.com(Facebook)
Cre_4tor@hotmail.com(Personal mail)

You Might Also Like

12 comments

  1. Kalau program ni kan, lepas habis belajar... automatically terikat dengan JPA ke? Maknanya kerja tu dah terjamin la?

    ReplyDelete
  2. TheAwesomeYunara4 March 2015 at 13:32

    yeap, under JPA, kerja dah terjamin insyallah. Kita tak tahu kan rezeki Allah tu luas.

    ReplyDelete
  3. Syarat kemasukkan dia mcm mna ? Mcm mna nak apply ?

    ReplyDelete
  4. Syarat kemasukkan dia mcm mna ? Mcm mna nak apply ?

    ReplyDelete
  5. TheAwesomeYunara5 May 2015 at 12:57

    Permohonan dibuka seminggu selepas dapat result SPM. Kalau rajin tengok web JPA, nanti akan terlihat berita yang diuarkan.

    ReplyDelete
  6. Hi! Kalau dekat france, pembelajaran engineering adalah dlm bi atau french?? Thank you

    ReplyDelete
  7. Hi! Kalau dekat france, pembelajaran engineering adalah dlm bi atau french?? Thank you

    ReplyDelete
  8. Bgaimana dgn tajaan jpa selepas diploma?
    Adkah sama mcm ni?

    ReplyDelete
  9. Maaf .. nak tanya..
    Sebelum menyambung pengajian peringkat kursus persediaan di Perancis, pelajar-pelajar akan ditemuduga oleh sebuah panel yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada universiti-universiti di Perancis bagi menentukan samada pelajar layak atau tidak untuk menyambung pengajian peringkat persediaan ke Perancis., 'kan? Diorang tanya apa ya? Soalan2 yang macam mana? Lama tak proses interview tu? Boleh kongsi pengalaman interview dengan diorang?

    Terima kasih ya. :)

    Saya Diana by the way.

    ReplyDelete
  10. Engineering dalam bidang apa zulfikar ambil?

    ReplyDelete
  11. Engineering dalam bidang apa zulfikar ambil?

    ReplyDelete

Subscribe