Skip to main content

Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi UPNM

Assalamualaikum w.b.t

Aku N/405738 Pegawai Kadet Azra Aqilah binti Mohd Hair. Platun 6, Kompeni Bravo, Batalion Lekiu. Kadet jurusan Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi. Salam perkenalan. Harini aku nak terangkan sikit tentang UPNM.

UPNM atau nama saintifiknya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Terletak di Kem Sg.Besi Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan dikenali as ATMA or Akademi Tentera Malaysia. Namun pada tahun 2006 dia jadi UPNM.

Aku baru tahun asasi. So tak banyak yg aku tahu. Kat sini aku nak terang pasal jurusan asasi yg ada. Asasi ada 3 jurusan.



i) asasi pengurusan dan srategi pertahanan
ii) asasi kejuruteraan dan sains teknologi
iii) asasi perubatan

Asasi ni cuma ada 2 sem. Satu sem 4 bulan. Sekejap. Subjek untuk satu sem cuma 5. Untuk pengurusan 4 tahun. Engine 5 tahun. Medic 6 tahun.

PENGURUSAN

SEM 1
-principal business
-principal accounting
-english
-statistic
-mathematics

SEM 2
-business mathematics
- political studies
- principal economies
-IT
-communication skills

ENGINEERING

SEM 1
-mathematics 1
-english
-physics
-chemistry
-IT

SEM 2
- mathematics 2
- mathematics 3
- english
- physics
-chemistry

MEDIC

SEM 1
- mathematics
-chemistry
- physics
- english
-biology

SEM 2
-mathematics 2
-physics
- chemistry
-biology
- aku tak ingat *aku bukan medic

Untuk life as a cadet kat sini. Masa kau memang terhad. Masa pack. Sebab everyday life kau berjadual.

0530- baris subuh
0630- breakfast
0700- baris pagi
0800- kelas
1300- solat zohor
1415- kelas
1600- solat asar
1700- baris sukan
1845- baris maghrib
2100- prep
2230- baris roll call
2359- lights off

Jadual ni roll on for weekdays. Sabtu Latihan Ketenteraan. Ahad cuti. Untuk asasi. Every month dapat gaji 1400. Makin senior makin bertambah gaji. Pakaian tak perlu risau. Korang akan diberi pakaian ikut korang punya servis. Servis tu mcm laut, darat, udara. Untuk aktiviti kerohanian jangan risau. Everyday setiap maghrib akan ada tahlil or kuliah or forum. Kat sini batas pergaulan pandai2 fikir. Askar kan. Untuk holiday? Hahahaha. Sini baik kau padam perkataan cuti dlm kamus hidup. Kat sini cuti sem kadang2 kena potong. Sbb apa? Askar mana ada cuti lama. Paling lama korang akan dapat cuti pun seminggu. Sbb selebihnya akan ada latihan ketenteraan. Mental kan? Mula2 mcm sakit. Lama2 kau akan biasa. Nak jadi askar kena kuat. Kahwin? Kau ingat sini UIA kalau kahwin dapat elaun? Nope. Kena tendang adalah. Sini no marriage allowed. Couple? Terserah pada diri sendiri. Kantoi pandai2 jawab dgn pegawai.

Kesimpulannya. Sini semuanya mudah kalau korang ikut arahan. Disiplin paling dititikberatkan. Kalau buat kepala memang sakitlah jawabnya. Senang kata. Duduk sini kalau perform. Hidup mudah. Jadi kadet best. Sbb kerjaya kau lepas kau habis komisen dah ada. Takyah cari kerja mcm U lain yg tak pasti lagi dapat kerja or not. Masa depan kau terjamin. Paling best. Dapat pangkat leftenan muda tahu.

Akhir kata dari aku. "Simple things make it simple. Dont make it tougher. Prepare for the worst. Ready for the mighty worst."
��. Assalamualaikum

For futher info boleh rujuk
qiela96@gmail.com
013-2854856

Comments

  1. ada specific height tak nak masuk sini?

    ReplyDelete
  2. kalau pelajar awam boleh kerja ngn ATM jugk ke nnti?cuti pelajr awam pon sikit jugk?hee .ni mesti Azra atikah punye kakak kan?wahh.hebat sehh kakak ko azra.hhehe

    ReplyDelete
  3. Farah Azrina Hilmy22 February 2015 at 04:32

    boleh ke catch up for asasi, dah lah 2 sem je dgn ada latihan kawad lagi blabla.

    ReplyDelete
  4. reply my email pls :)

    ReplyDelete
  5. nk apply engineering syarat dia apa ha based on SPM result?mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. saya nak tanya. kalau ketinggian kita tak lepas syarat minimum, boleh dapat pegawai kadet ke??

    ReplyDelete
  7. nak tanya kalau rabun layak ke untuk asasi yang ni?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kalau nak jadi pelajar awam upnm
    Boleh Pakai spectacle tak

    ReplyDelete
  11. macam mana tentukan servis darat/laut/udara tu? kita yang pilih atau upnm yang tetapkan?

    ReplyDelete
  12. asasi ni die blaja dlm bahasa melayu or Bi ?

    ReplyDelete
  13. ada ke pelajar asasi kejuruteraan yg bukan asal
    aliran sains di sekolah menengah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku on nk tau jgk yg ni anyone tolong jwb😭

      Delete
  14. Saya Rabun tapi kenapa saya dapat tawaran xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/